Marlia_Musa

Datin Marlia Musa adalah seorang pelakon, penggiat teater, pelawak dan pensyarah yang terlibat aktif dalam industri perfileman di Malaysia. Mula diperkenalkan di layar perak menerusi filem Sesejuk Airmata Ibu dan popular menerusi watak Ana dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu.Beliau merupakan isteri kepada seniman M. Nasir sejak tahun 2000.[1] Beliau kini bergelar pensyarah di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).