Marsyal_TUDM

Marsyal TUDM ataupun secara penuhnya, Marsyal Tentera Udara Diraja Malaysia ialah pangkat tertinggi yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia, (TUDM). Buat masa ini, pangkat ini dikhususkan bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertahkta sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar selaku Kolonel Yang Di-Pertua TUDM ialah Sultan yang sering dilihat mengenakan pakaian dan insignia Marsyal TUDM.