Masa_di_Australia
Masa_di_Australia

Masa_di_Australia

Australia menggunakan tiga zon masa utama iaitu Waktu Piawai Australia Barat (AWST; UTC+08:00), Waktu Piawai Australia Pusat (ACST; UTC+09:30), dan Waktu Piawai Australia Timur (AEST; UTC+10:00).[1] Masa dikawal selia oleh pemerintah negeri,[2] sementara ada yang mematuhi penjimatan masa siang (DST). Wilayah luar Australia mematuhi zon masa berbeza.Masa piawai telah diperkenalkan pada tahun 1890-an apabila semua Dominion menerima pakainya. Sebelum kesemua bandar dan pekan di kawasan-kawasan ini bertukar kepada zon masa piawai, setiap petempatan bebas untuk menentukan masa tempatannya sendiri yang dipanggil masa min tempatan. Kini, Australia Barat menggunakan Waktu Piawai Barat; Australia Selatan dan Wilayah Utara menggunakan Waktu Piawai Pusat; manakala New South Wales, Queensland, Tasmania, Victoria, dan juga Wilayah Ibu Negara Australia (ACT) menggunakan Waktu Piawai Timur.Waktu musim panas digunakan di Australia Selatan, New South Wales, Victoria, Tasmania, dan Wilayah Ibu Negara Australia sahaja dan tidak digunakan di kawasan-kawasan selebihnya pada masa ini.

Rujukan

WikiPedia: Masa_di_Australia http://www.brisbanetimes.com.au/queensland/dayligh... http://www.brisbanetimes.com.au/queensland/the-pol... http://www.smh.com.au/news/National/Daylight-savin... http://www.austlii.edu.au/au/legis/cth/consol_act/... http://www.austlii.edu.au/au/legis/tas/consol_act/... http://www.austlii.edu.au/au/legis/vic/consol_act/... http://www.legislation.act.gov.au/a/1972-34/defaul... http://australia.gov.au/about-australia/our-countr... http://www.australia.gov.au/about-australia/our-co... http://www.bom.gov.au/climate/averages/tables/dst_...