Masakan_Padang
Masakan_Padang

Masakan_Padang

Masakan Minangkabau atau masakan Padang merujuk kepada makanan orang Minangkabau di Indonesia. Nama Padang diberi kerana kota Padang adalah pusat budaya suku Minangkabau. Masakan Minangkabau adalah di kalangan makanan yang termasyhur di sepanjang kepulauan Melayu. Minangkabau perantauan membuka kedai makan Padang, terutamanya di bandar-bandar besar Indonesia. Salah satu dari rantai kedai makan tradisional paling berjaya di Indonesia telah dimajukan oleh orang Minangkabau.