Masashi_Kishimoto

idifivo I fMasashi Kishimoto (岸本斉史, Kishimoto Masashi), lahir 8 November 1974, ialah pencipta dan pengarang manga popular Naruto. Dia memulakan kerjayanya sebagai pelukis manga dengan hasil kerjanya yang pertama iaitu Karakuri, yang dihantarkan kepada Shueisha pada tahun 1996. Bermula tahun 1999, hasil kerja seterusnya ialah Naruto dan diterbitkan dalam Majalah Mingguan Shonen Jump sebuah majalah manga. Kishimoto telah menerima Anugerah Hop Step yang diberi kepada artis baru setiap bulan oleh Shonen Jump. Saudara kembarnya, Seishi Kishimoto juga seorang pelukis manga dan pengarang manga 666 Satan. Hasil kerja mereka yang seakan-akan sama telah membuatkan ada pihak menuduh berlakunya plagiarisme.