Menu
Masjid_Durian_Daun Latar belakangMasjid Durian Daun mula didirikan pada tahun 1920-an iaitu sebuah masjid batu yang kecil mengikut jumlah penduduk kampung pada masa tersebut. Kini masjid tersebut telah melakukan beberapa kali pengubahsuaian dari segi saiz masjid bagi mengikut kepadatan penduduk masa kini yang kian bertambah.
Berdasarkan kisah dan cerita daripada penduduk terdahulu, Masjid Durian Daun didirikan oleh penduduk kampung pada masa itu dengan bergotong-royong dan mereka mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mendirikan sebuah masjid memandangkan tiada peruntukan atau bantuan daripada kerajaan. Tambahan lagi, pada masa itu Malaysia atau lebih dikenali pada masa itu Malaya masih lagi dijajah oleh kuasa Barat. Kebanyakan penduduk asal kampung di sini berasal daripada seberang Tanah Jawa ataupun daripada kepulauan Riau.
Selepas Malaya merdeka dan sehingga sekarang, Masjid Durian Daun banyak mendapat bantuan daripada pihak kerajaan untuk perbelanjaan ubahsuai dan bantuan-bantuan lain untuk keselesaan dan keperluan setempat. Masjid ini dibina dalam tahun 1925 dan dibesarkan dengan bantuan kerajaan.
Menu
Masjid_Durian_Daun Latar belakangBerkaitan
Masjid al-Aqsa Masjid Masjid al-Haram Masjid Nabawi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Masjid Jamek, Kuala Lumpur Masjid Sultan Ahmed Masjid Negara Masjid Sri Sendayan Masjid Mukim RazaleighRujukan
WikiPedia: Masjid_Durian_Daun http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=2657 http://masjid.melaka.gov.my/toggleMasjid.php?get_h... http://www.mymasjid.net.my/?mod=masjid_masjid&mod2...