MasterCard
MasterCard

MasterCard

MasterCard (tulisan Jawi : مسترکارد; NYSE: MA) ialah sebuah perkhidmatan kad kredit antarabangsa sejak 1966 (sebagai "Master Charge The Interbank Card"). MasterCard pertama kali dilancarkan di Purchase, New York, Amerika Syarikat pada tarikh 16 Disember 1966 sebagai Master Charge The Interbank Card, dan dilancarkan secara rasmi pada tarikh 16 Disember 1979 sebagai MasterCard. Ibu pejabatnya berada di Purchase, New York, Amerika Syarikat dan O'Fallon, Missouri, Amerika Syarikat sebagai MasterCard International Global Headquarters (Ibu Pejabat Antarbangsa MasterCard). MasterCard dikeluarkan oleh lebih 25,000 syarikat perbankan di mana-mana negara di seluruh dunia.Maksud pelancaran MasterCard (ketika itu sebagai "Master Charge The Interbank Card") di California ialah untuk berlumba dengan BankAmericard yang dikeluarkan oleh Bank of America, yang seterusnya mengeluarkan kad kredit VISA yang dikeluarkan pada tarikh 1 Julai 1970. Pada mula pelancarannya, antara tahun 1966 sehingga 1979, MasterCard ketika itu lebih dikenali sebagai "Master Charge" ataupun "Interbank" (supaya jenama "Master Charge The Interbank Card" lebih dikenali).

MasterCard

Pendapatan operasi ▲ US$ 3.937 billion (2012)[1]
Industri Kewangan
Jumlah aset ▲ US$ 12.462 billion (2012)[1]
Pendapatan bersih ▲ US$ 2.759 billion (2012)[1]
Induk Syarikat perbankan di California
Interbank Card Association
Bilangan pekerja 6,700 (2011)[1]
Jumlah ekuiti ▲ US$ 6.917 billion (2012)[1]
Perancang utama Richard N. Haythornthwaite
(Ketua)
Ajaypal Singh Banga (Pengarah Utama & CEO)
Ibu pejabat MasterCard International Global Headquarters
Purchase, New York,  Amerika Syarikat
Laman sesawang www.mastercard.com
Keluaran Kad pembayaran (kad kredit, kad debit, kad prabayar), Sistem pembayaran
Ditubuhkan (1966-12-16) 16 Disember 1966 (umur 53) (sebagai Master Charge The Interbank Card)
(1979-12-16) 16 Disember 1979 (umur 40) (sebagai MasterCard)
Hasil ▲ US$ 7.391 billion (2012)[1]
Didagangkan sebagai NYSE: MA
S&P 500
Jenis Syarikat awam