Mat_Bin_Hassan

Mat bin Hassan atau lebih dikenali sebagai 'Cikgu Mat Hassan' dalam kalangan penduduk setempat pernah bertugas di beberapa tempat sebelum ini. Tempat terakhir beliau bertugas sebelum meletakkan jawatannya untuk bertanding ialah di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kayang di Behor Lateh.Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.Antara pengalaman pahit yang dilalui dalam hidup beliau ialah beliau pernah terjatuh dari tangga restoran KFC di Kangar, mengakibatkan kakinya patah dan berbulan-bulan tidak datang bertugas di sekolah tersebut.Anak watan Kampung Kuala, Kuala Perlis ini merupakan satu-satunya calon N9 Kuala Perlis yang memang berasal di kawasan tersebut.[1]Dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 12, beliau menang bertanding menentang calon PAS, iaitu Ustaz Tajuddin Omar.[2]