Mat_Salleh
Mat_Salleh

Mat_Salleh

Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan terhadap penjajahan British di Sabah. Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau memang terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian berperang. Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Wakil Kesultanan Sulu di Sungai Sugut dan daerah Tambunan ialah sebahagian daripada daerah di bawah kekuasaannya. Sebelum kedatangan British, beliau ialah seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh. Kepimpinan beliau meliputi kekuasaan terhadap sistem perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan. Kesan kedatangan British menyebabkan wilayah kesultanan Brunei semakin lama semakin mengecil dan kesultanan Sulu ditamatkan atas dasar perjanjian yang dimeterai dengan British.Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Î’ajau dan Suluk. Ibunya daripada suku Bajau manakala ayahnya iaitu Datu Bulu merupakan pemimpin tempatan berbangsa Suluk. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.