Mat_Shah_bin_Mat_Salleh

Mat Shah bin Mat Salleh atau lebih dikenali sebagai Along merupakan pemain dram kumpulan New Boyz. Along telah dilahirkan pada (1980-12-02) 2 Disember 1980 (umur 39) dan merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Salah seorang adiknya, Shahrizan atau lebih dikenali sebagai Jay turut bersama beliau sebagai gitaris utama ketika New Boyz mula ditubuhkan pada tahun 1999.