Mata_angin
Mata_angin

Mata_angin

Dalam geografi, mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Biasanya arah mata angin digunakan semasa memandu arah atau mengemudi, semasa menggunakan kompas dan menggunakan peta. Berpandukan pusat mata angin, terdapat 4 (Utara, Timur, Selatan, dan Barat) arah utama dan 4 perantaraan (Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut)Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama. Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat menentukan arah putaran Bumi. Matahari terbit di timur dan tenggelam di barat.