Matthijs_de_Ligt
Matthijs_de_Ligt

Matthijs_de_Ligt

† Kemunculan (Gol).
Matthijs de Ligt (lahir 12 Ogos 1999) merupakan pemain bola sepak Belanda yang bermain di posisi pertahanan untuk kelab Serie A, Juventus dan pasukan kebangsaan Belanda.Pada 21 September 2016, De Ligt melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Ajax menentang Willem II. Beliau telah menjaringkan gol selepas 25 minit sekali gus menjadikannya penjaring gol kedua termuda selepas Clarence Seedorf. Pada 24 Mei, beliau menjadi pemain termuda (17 tahun dan 285 hari) untuk beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan Eropah ketika beliau beraksi menentang Manchester United dalam final Liga Europa 2017. Pada 17 Disember 2018, De Ligt meraih anugerah Golden Boy sekali gus menjadikannya pemain pertahanan pertama meraih pencapaian tersebut.Pada tahun 2017, De Ligt melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belanda ketika berusia 17 tahun dan menjadikannya pemain paling muda untuk mewakili skuad senior sejak tahun 1931.