Korporat McDonald's

Jenama McDonald's boleh didapati di 119 buah negara di seluruh dunia. 30,000 buah saluran keluar melayan hampir 50 juta pelanggan setiap hari. Melebihi 70% daripada restoran di seluruh dunia dimilik dan dikendalikan oleh usahawan tempatan yang bebas.

Tambahan pula, syarikat itu menjalankan jenama-jenama restoran yang lain, seperti Aroma Café, Boston Market, Chipotle Mexican Grill, serta mempunyai hak milik minoriti di Pret a Manger. Sehingga Disember 2003, ia juga memiliki Donatos Pizza. McDonald's juga memiliki sebuah anak syarikat, Redbox, yang bermula pada 2003 sebagai kedai mudah beli 18-kaki lebar yang berautomatik, tetapi sejak 2005 menumpukan kepada mesin sewaan DVD.

Hasil bagi tahun 2004 ialah AS$19.1 bilion, dengan pendapatan bersih sebanyak $2.75 bilion.

Kebanyakan restoran berasingan McDonald's menyediakan perkhidmatan kaunter serta pandu lalu, dengan tempat duduk dalam dan kekadangnya tempat duduk luar. Perkhidmatan pandu lalu mempunyai nama yang berlainan di pelbagai negara, umpamanya Pandu-Lalu atau Drive-Thru, Auto-Mac, atau McDrive, dan seringnya menyediakan tempat yang berasingan untuk menempah, membayar dan menerima makanan, walaupun kedua-dua langkah yang terakhir itu sering digabungkan. Sesebahagian saluran keluar "McDrive" yang berhampiran dengan lebuh raya tidak menyediakan perkhidmatan kaunter ataupun tempat duduk. Sebaliknya, saluran keluar di perjiranan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seringnya tidak memberikan perkhidmatan pandu lalu. Terdapat juga beberapa saluran keluar yang kebanyakannya terletak di kawasan pusat bandar yang menyediakan perkhidmatan Jalan Lalu ("Walk-Thru").

Terdapat juga restoran-restoran yang bertemakan khas, seperti "Rock-and-Roll McDonald's" yang bertema tahun 1950-an. Beberapa saluran keluar di kawasan sub-bandar dan seseparuh bandar raya membekalkan taman permainan dalam ataupun luar yang digelarkan "McDonald's PlayPlace" atau "Playland". Taman-taman ini dicipta pada 1970-an dan 1980-an untuk Amerika Syarikat, tetapi kemudiannya disediakan secara antarabangsa.

Model perniagaan Perbadanan McDonald's berbeza sedikit dengan kebanyakan rangkaian makanan segera. Selain daripada yuran francais, bekalan, dan komisen jualan, McDonald's juga mengutip sewa yang sebahagiannya terkait kepada hasil jualan. Sebagai syarat perjanjian francais, Perbadanan McDonald's memiliki harta tanah kebanyakan francaisnya. Bagaimanapun di United Kingdom, model perniagaan ini tidak sejajar dengan model antarabangsa, dengan kurang daripada 30% restoran difrancais dan majoritinya masih merupakan hak milik syarikat.

McDonald's melatih pembeli-pembeli serta bakal pengurus-pengurus francaisnya di universiti sendiri. Universiti McDonald's yang pertama terletak di Oak Brook, Illinois, iaitu di bandar yang sama dengan ibu pejabatnya. Sekolah latihan "U Hamburger" yang serupa telah ditubuhkan di seluruh dunia.

Menurut buku Negara Makanan Segera (Fast Food Nation) oleh Eric Schlosser (2001), hampir satu pekerja bagi setiap lapan pekerja di Amerika Syarikat pernah berkhidmat untuk McDonald's. Buku itu juga mengatakan bahawa McDonald's merupakan pengendali swasta yang terbesar untuk taman permainan di Amerika Syarikat, serta pembeli tunggal yang terbesar untuk daging lembu, babi, kentang dan epal.