Mekdi McDonald's

Pada 20 Ogos 2019, McDonald's Malaysia telah menukar papan tanda restoran cawangannya di Bukit Bintang kepada selanga tempatan "Mekdi" hasil daripada singkatan yang biasa digunakan oleh seluruh dunia "McD".[4] Cawangan Bukit Bintang merupakan cawangan pertama yang pertama dibuka pada tahun 1982.[5] Penukaran nama jenama ini dibuat kerana sambutan Hari Merdeka dan mengekalkan nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia; dan juga meperkenalkan makanan tempatan iaitu Nasi Lemak dengan cara mereka tersendiri setelah mendapat sambutan yang baik di web petisyen Change.org.[6][7]