Meghalaya
Meghalaya

Meghalaya

Kepadatan• 103/km2 (267/sq mi)Meghalaya  sebutan (bantuan·maklumat) ialah sebuah negeri kecil di bahagian timur laut India. Nama "Meghalaya" bererti "Rumah Awan" dalam bahasa Hindi dan Sanskrit. Meghalaya ialah sebatang jaluran berbukit di baahgian timur negera berukuran 300 km panjangnya (timur-barat) dan 100 km lebarnya, dengan jumlah keluasan kira-kira 22,429 km². Bilangan penduduk berjumlah 2,175,000 pada tahun 2000. Negeri ini bersempadan dengan Assam di utara dan Bangladesh di selatan. Ibu negerinya ialah Shillong yang diduduki 260,000 orang.Kira-kira satu pertiga kawasan negeri ini berhutan. Kawasan ekologi hutan subtropika Meghalaya merangkumi negeri; hutan gunungnya berbeza daripada hutan tropika tanah pamah di utara dan selatan. Hutan-hutan Meghalaya terkenal kerana biodiversiti mamalia, burung, dan tumbuh-tumbuhan.