Pengangkutan Melaka

Rencana utama: Pengangkutan di Melaka
Lapangan Terbang Antarabangsa MelakaTerminal bas dan teksi Melaka Sentral.

Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka. Dahulunya, stesen keretapi ini dikenali sebagai Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan atas arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka, maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang. Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah ialah Stesen Tebong akan tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaik taraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar, Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.[81]

Pernah adanya landasan keretapi dari Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka sebelum Perang Dunia II, tetapi ia telah dirombak oleh tentera Jepun untuk pembinaan Landasan Keretapi Maut di Burma.[82] Pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan laluan baharu, perkhidmatan pergi-balik antara stesen Seremban-Pulau Sebang/Tampin-Gemas.[83][84]

Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Melaka Sentral merupakan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia semasa penubuhannya. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral ketika itu.

Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan karter dari kawasan sekitar. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (IATA: MKZ, ICAO: WMKM) (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Batu Berendam, Melaka, Malaysia. Lapangan terbang tersebut memberi kemudahan penerbangan untuk negeri Melaka, serta utara Johor, dengan menghubungkan ke bandar-bandar seperti Guangzhou,[85] Haikou,[86] Ho Chi Minh,[87] Kota Bharu,[88][89][90] Kuala Lumpur,[91] Langkawi,[92] Medan,[93][94][95] Pekanbaru,[96] Penang,[97] dan Subang.[98]

Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin.

Rujukan

WikiPedia: Melaka http://www.enghunan.gov.cn/AboutHunan/GlobalAssoci... http://en.jiangsu.gov.cn/col/col54176/index.html http://asiatravel.com/malaysia/melaka_info/index.h... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-cat... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mah... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dondang-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sejarah-... http://gotomelaka.blogspot.com http://www.colonialvoyage.com/malacca.html http://www.colonialvoyage.com/malaccaNL.html