Melaka_FM
Melaka_FM

Melaka_FM

Melaka FM atau MFM merupakan stesen milik Radio Televisyen Malaysia yang dipancarkan ke seluruh negeri Melaka dan kawasan berhampirannya seperti Tampin, Palong, Port Dickson dan sebahagian daerah Rembau di Negeri Sembilan dan Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, sebahagian Kota Tinggi, Pontian Utara dan Johor Bahru Utara/Kulai Utara di Johor, Bandar Muadzam Shah dan Bandar Tun Abdul Razak, Keratong di Pahang serta sebahagian kecil Selangor (Sungai Pelek, Tanjung Sepat dan sebahagian Sepang).Sebelum ini radio ini pernah dikenali sebagai Radio Malaysia Melaka, Radio 3 Melaka dan Radio Malaya Melaka. Radio ini bersiaran selama 18 jam sehari bermula dari jam 06:00 sehingga 00:00. Radio ini bersiaran dari Jalan Taming Sari, Bandaraya Melaka. Peringkat awal siarannya merupakan siaran tempatan Rangkaian Nasional yang bermula dari jam 8.35 pagi hingga 9.00 pagi dan 5.10 petang hingga 7.45 malam setiap hari melalui Gelombang AM 1008 khz. Pada waktu lain siaran disambung dengan siaran nasional di Kuala Lumpur. Stesen Rangkaian Nasional Melaka juga menyumbang beberapa rancangan peringkat nasional( Kuala Lumpur ) dan siaran daerah yang beribu pejabat di Johor Bahru. Antara rancangan yang pernah disumbangkan untuk siaran nasional ialah, Permintaan Perajurit, Dondang Sayang, Di pinggir Selat Melaka manakala peringkat siaran daerah kawasan selatan, Coretan Rasa, Irama Gemalai, Di Pinggir Selat Melaka, Permintaan Petang Khamis, Permintaan Dari Teberau ke Kota Melaka (siaran bersama dengan RTM Johor Bahru), Lagu-lagu dari Filem, rancangan-rancangan agama,Pancaragam Jemputan,Drama Jejak Langkah, Pahit-pahit Manis dan banyak lagi.Siaran AM hanya dapat diikuti dengan jelas di Negeri Melaka, Muar, Port Dickson dan Tampin. Mulai tahun 1986 stesen pemancar FM mula beroperasi yang menyebabkan siaran tempatan Melaka menjangkau hingga ke sebahagian besar Negeri Johor seperti Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Kluang dan Utara daerah Johor Bahru dan Utara daerah Pontian, sebahagian besar Negeri Sembilan dan Pahang Tenggara sehingga menjadi saingan kepada RTM Johor Bahru. RTM Johor Bahru kehilangan sebahagian besar pendengarnya yang telah "lari" ke Melaka.Mulai tahun 1994 siaran gelombang AM telah ditutup.Frekuensinya adalah 102.3MHz. Selain itu radio ini juga boleh didengari secara lansung dari internet. Mottonya ialah Mepersonakan.Para pendengar juga boleh menjadi ahli Teman Melaka FM.

Melaka_FM

Pemilik Radio Televisyen Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Frekuensi Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama 2002; 18 tahun yang lalu (2002)
Kawasan penyiaran Malaysia Barat
Saluran saudara Asyik FM, Bintulu FM, Johor FM, IKIM.fm, Kedah FM, Kelantan FM, Keningau FM, KL FM, Labuan FM, Langkawi FM, Limbang FM, Miri FM, Mutiara FM, Negeri FM, Pahang FM, Perak FM, Perlis FM, RaSa FM, Red FM, Sabah FM, Sabah Vfm, Sandakan FM, Sarawak FM, Selangor FM, Sibu FM, Tawau FM, Terengganu FM, UFM dan Wai FM
Bandaraya lesen Kuala Lumpur
Tapak web melakafm.rtm.gov.my