Melaka_Sentral
Melaka_Sentral

Melaka_Sentral

Melaka Sentral terletak di Peringgit, Melaka iaitu di Jalan Tun Razak berdekatan pasaraya Tesco Melaka merupakan stesen bas yang terdapat di negeri Melaka. Ia terletak diantara Lebuh AMJ (Jalan Tun Abdul Razak) dan Jalan Panglima Awang.Stesen ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2004. Bangunan ini dikatakan ada ciri-ciri seperti bangunan KLIA.Bangunan ini dilengkapi dengan fasiliti yang mencukupi dengan liputan hawa dingin di dalam bangunan. Terdapat juga restoren makanan segera disediakan seperti McDonalds dan Marrybrown.Kemudahan seperti bank, surau, tandas, kaunter pertanyaan, kafe siber, gerai menjual majalah dan surat khabar, kedai gambar, kedai menjual telefon bimbit turut disediakan. Terdapat beberapa kaunter agensi kerajaan dibuka di sini bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan.Di sini terdapat 24 kaunter tiket bas ekspres ke seluruh bandar utama di Semenanjung Malaysia. Perkhidmatan teksi juga turut disediakan.Di sini juga terdapat Pasar Besar Melaka dan Baazar Melaka Sentral.