Melaka_United

Melaka United Soccer Association merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Bandar Melaka. Kelab yang ditubuhkan semenjak dari tahun 1924 ini telah menggunakan Stadium Kubu atau nama rasminya kini sebagai Stadium Hang Tuah sebagai gelanggang rasmi sebelum berpindah ke Stadium Hang Jebat di Paya Rumput berdekatan Krubong. Stadium baru ini telah dibina untuk kegunaan Sukan SUKMA di Melaka pada tahun 2010. Kelab ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Melaka Bersatu (Terjemahan Inggeris: Melaka United Soccer Association) dan telah dihantar untuk bertanding dalam Liga Malaysia bagi mewakili negeri Melaka. Kelab ini kini bertanding dalam liga teratas dalam arena bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia 2017 setelah dinaikkan liga sebagai juara dari Liga Premier Malaysia 2016. Kelab ini dahulunya dikenali sebagai Melaka atau nama penuhnya Melaka FA sebelum dijenamakan semula bermula Ogos 2013 sebagai Melaka United di mana penjenamaan kelab akan digunakan sepenuhnya bermula dari musim 2014[2][3]. Nama timangan bagi Melaka United sebelum ini adalah Sang Kancil sebelum ditukar kepada skuad Hang Tuah di mana panggilan ini sinonim dengan kekuatan dan kebijaksanaan. Kit pasukan tuan rumah bagi Melaka United adalah berwarna hijau dan putih di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka. Lencana ataupun logo pasukan ini sudah lama tidak ditukar dan sempena kebangkitan kelab ini ke Liga Perdana Malaysia, logo baru telah diperkenalkan dalam usaha untuk menjenamakan semula dan memodernkan imej pasukan. Logo lama pasukan masih akan digunakan sebagai logo bagi persatuan iaitu Melaka United Soccer Association ataupun MUSA yang akan menguruskan pasukan Melaka United di mana logo berkenaan telah diperkenalkan semenjak awal 1940an dan logo batu akan digunakan oleh pasukan dalam perlawanan liga.

Rujukan

WikiPedia: Melaka_United http://footballchannel.asia/2015/12/04/post8280/ http://en.cgnpc.com.cn/n1305393/n1305424/index.htm... http://www.bernama.com/bernama/v8/sp/newssports.ph... http://www.goal.com/en-my/news/3896/malaysia/2015/... http://www.stadiumastro.com/Arena/Berita/Penuh.asp... http://www.stadiumastro.com/ms/article/2016/11/01/... http://www.tag-marine.com/ http://www.1mdb.com.my/current-business/energy/ http://www.bharian.com.my/node/5487 http://www.bharian.com.my/node/78416