Melayu_Raya
Melayu_Raya

Melayu_Raya

Melayu Raya (juga dikenali sebagai Indonesia Raya) merupakan satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia-Brunei, iaitu penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun. Gagasan ini disokong oleh pelajar dan lepasan guru dari Maktab Perguruan Sultan Idris pada akhir tahun 1920an, dan individu dari Sumatera dan Pulau Jawa termasuk Prof. Mohammad Yamin dan Sukarno pada tahun 1950an.[1]Gagasan ini juga merupakan salah satu perjuangan utama PKMM di bawah kepimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan juga Pak Sako. Bergantung kepada pihak mana yang menyuarakannya, ia juga dikenali sebagai Indonesia Raya yang juga merupakan lagu kebangsaan Indonesia.Sukarno dan Muhammad Yamin adalah tokoh politik Indonesia yang sepakat dengan gagasan persatuan raya ini. Akan tetapi mereka enggan untuk menyebut gagasan ini sebagai "Melayu Raya" dan menawarkan nama lain yaitu "Indonesia Raya". Keengganan untuk menggunakan nama Melayu Raya karena berlainan dengan keadaan di Malaya, di Indonesia istilah Melayu lebih merujuk kepada suku Melayu yang dianggap hanyalah sebagai salah satu suku kecil dari berbagai suku bangsa di Nusantara, yang memiliki kedudukan yang setara dengan Minangkabau, Lampung, Aceh, Jawa, Sunda, Madura, Bali, Dayak, Bugis, Makassar, Minahasa, Ambon, dan lain sebagainya. Penghimpunan berdasarkan ras atau suku bangsa "Melayu" dikhawatirkan memecahkan perpaduan dan kontra-produktif dengan persatuan Indonesia yang mencakupi berbagai suku bangsa, agama, budaya, dan ras; karena banyak suku bangsa di Indonesia Timur seperti orang Papua, Ambon, dan Nusa Tenggara Timur, bukanlah termasuk rumpun Austronesia, melainkan rumpun Melanesia.Gagasan ini yang menyokong penubuhan republik melalui penyatuan dengan Republik Indonesia - (Melayu Raya/Indonesia Raya),[2] terutama oleh ahli Kesatuan Melayu Muda. Bagaimanapun rancangan untuk bergabung dengan Indonesia telah ditolak oleh majoriti orang Melayu pada ketika itu. Majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju (dengan) perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam.[3]Sehingga kini masih terdapat pengikut kaum muda yang cuba menghidupkan kembali gerakan menubuh republik dengan menkibarkan bendera Sang Saka Malaya, secara tidak langsung menunjukkan penentangan mereka secara terang-terangan terhadap institusi Raja-Raja.[4]