Memil-buchimgae
Memil-buchimgae

Memil-buchimgae

Memil-buchimgae (메밀부침개) atau lempeng gandum kuda ialah sejenis buchimgae, atau lempeng Korea. Ia hidangan serupa krep yang dibuat dari adunan bater cair gandum kuda dan kubis Napa.[1]Bersama dengan hidangan gandum kuda lain, ia keistimewaan tempatan tradisional di Wilayah Gangwon, iaitu gandum kuda ditanam secara meluas kerana iklim pergunungan yang sejuk. Daerah Pyeongchang dan Jeongseon terkenal dengan hidangan gandum kuda seperti memilmuk (jeli gandum kuda) dan memilguksu (mi gandum kuda). Perayaan tempatan terbesar di Pyeongchang dipanggil Festival Memilbuchigi sebelum ia dinamakan semula Festival Pyeongchang pada tahun 2015. [2](Memilbuchigi bermakna memilbuchimgae dalam dialek Gangwon.) Banyak memilbuchimgae dapat dilihat di Pasar Pyeongchang, pasar petani yang diadakan di Pyeongchang setiap lima hari.[3]

Rujukan

WikiPedia: Memil-buchimgae http://newscomm.empas.com/board/bbs/read.html?b=bi... http://map.encyber.com/search_w/ctdetail.php?maste... http://map.encyber.com/search_w/ctdetail.php?maste... http://www.encyber.com/search_w/ctdetail.php?maste... http://travelok.nate.com/Info/inland/mycar_detail.... http://www.ohmynews.com/NWS_Web/view/at_pg.aspx?CN... http://www.ilyosisa.co.kr/news/articleView.html?id... http://www.yonhapnews.co.kr/bulletin/2015/10/02/02... http://www.knto.or.kr/kor/ti/lodgig_food_shopping_... http://gangneung.grandculture.net/gc/contents/cont...