Memories_(lagu)

"Memories" ialah single duet oleh penyanyi Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi Amerika Syarikat, mendiang Whitney Houston. Dipersembahkan buat pertama kalinya semasa Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert pada 2 April 2016, ia menampilkan vokal oleh Houston sebelum pelancaran album sulungnya pada 1985. Pada asalnya ia ditulis oleh Hugh Hopper untuk sebuah kumpulan rock progresif England, The Wilde Flowers pada 1960an, "Memories" kemudiannya dirakamkan oleh Houston untuk One Down, album oleh kugiran Amerika, Material pada 1982.Pada 2016, Siti Nurhaliza telah diberi peluang oleh Adam Kidron, Ketua Pegawai Eksekutif Yonder Music untuk merakamkan semula versi Houston lagu "Memories". Lagu itu telah dipersembahkan secara langsung oleh beliau semasa Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert, sebuah konsert khas untuk meraikan ulang tahun ke-21 penglibatan beliau di industri muzik Malaysia.[1] Pada 10 Disember, "Memories" telah dikeluarkan secara eksklusif di aplikasi penstriman muzik Yonder Music dan pada hari yang sama, muzik videonya telah disiarkan di Astro Ria dan dimuat naik di akaun YouTube Yonder Music Malaysia."Memories" menjadikan Siti Nurhaliza sebagai artis Malaysia kedua untuk berduet secara digital bersama penyanyi/pemuzik yang telah meninggal dunia. Artis Malaysia pertama yang berbuat demikian ialah KRU, di mana mereka telah merakamkan semula lagu yang telah dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "Getaran Jiwa"[2] untuk filem, Antara Dua Darjat yang ditayangkan pada 1960. Dirakamkan semula oleh KRU pada 1997, versi baru lagu "Getaran Jiwa" menampilkan duet digital KRU dan P. Ramlee.[2]

Memories_(lagu)

Dikeluarkan pada
  • 2 April 2016 (Persembahan secara langsung)
  • 10 Disember 2016 (Penstriman muzik)
Penulis Hugh Hopper
Penerbit Bill Laswell, J-Key, Adam Kidron, Aubrey Suwito
Format Penstriman muzik
Panjang 3:25
Dirakam pada 2016
Genre Pop
Syarikat Yonder Music

Rujukan

WikiPedia: Memories_(lagu) http://www.budiey.com/ulasan-konsert-dato-siti-nur... http://www.nj.com/news/index.ssf/2012/02/students_... http://www.nytimes.com/2012/02/17/nyregion/in-east... http://www.star2.com/entertainment/music/2016/03/1... http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://www.wsj.com/articles/SB860093336365480000 http://www.astrogempak.com.my/artikel/2905/siti-nu... http://www.bharian.com.my/node/130021 http://www.bharian.com.my/node/139947 http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=04...