Menanti_Pasti

"Menanti Pasti" ialah sebuah lagu nyanyian Siti Nurhaliza. Lagu ini digubah oleh Ajai dan lirik lagu ditulis oleh Abie Abdullah, seorang wartawan hiburan. Lagu ini dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem Kayangan yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9 Ogos 2007. Sebuah video muzik iringan turut dirakamkan untuk lagu Menanti Pasti.

Menanti_Pasti

Dikeluarkan pada 2007
Penulis Ajai, Abie Abdullah
Panjang 4:39
Genre Balada