Menara_Shanghai
Menara_Shanghai

Menara_Shanghai

Menara Shanghai merupakan pencakar langit teramat tinggi yang terletak di Lujiazui, Pudong, Shanghai, China. Direka oleh Gensler dan dimiliki oleh kerajaan bandar Shanghai, ianya juga merupakan pencakar langit yang tertinggi antara tiga sekumpulan pencakar langit sangat tinggi yang bersebelahan dengannya di Pudong, dua pencakar langit yang lain ialah Menara Jin Mao dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Pencakar langit ini berukuran 632 meter (2,073 kaki) tinggi dan mempunyai 120 tingkat, dengan jumlah keluasan kawasan 380,000 m2 (4.090.000 kaki persegi). Pembinaan bertingkat direka untuk kecekapan yang tinggi, menyediakan pelbagai zon berasingan bagi pejabat, kedai runcit dan kegunaan pelancongan. Bahagian luar Menara Shanghai telah disiapkan pada musim panas 2015. Kerja-kerja pembinaan menara itu bermula pada November 2008 dan siap dibina pada 3 Ogos 2013. Menara Shanghai kini merupakan bangunan tertinggi di China dan kedua tertinggi di dunia, dikalahkan oleh Burj Khalifa di Dubai,UAE. Ia juga ialah struktur China tertinggi dalam apa jua bentuk, melebihi Menara Canton di Guangzhou dengan ketinggian 600 meter (1,969 kaki) yang siap dibina pada 2010. Setelah dijadual dibuka kepada orang ramai pada bulan Jun 2015, dek pemerhatian telah dibuka pada 1 Julai 2016. Ia terletak di tingkat 119 pada ketinggian 552 m. Bahagian-bahagian lain bangunan itu masih ditutup, serta dek pemerhatian yang tertinggi ialah di tingkat 121, pada 561 m (iaitu lebih tinggi daripada dek 555,70 m pemerhatian di Burj Khalifa).

Menara_Shanghai

Pemilik Shanghai Tower Construction & Development Co., Ltd.
Status Siap Dibina
Menara antena 632 m (2,073 ka)
Tinggi 632 m (2,073 ka)
Pembiayaan US$2.4 billion
Disiapkan pada 2014
Pembinaan bermula 29 November 2008
Lokasi Shanghai, China
Pemaju Shanghai Tower Construction & Development Co., Ltd.
Jurutera penstrukturan Thornton Tomasetti
Bumbung 565.6 m (1,856 ka)
Arkitek Gensler, 2DEFINE
Keluasan tingkat 380,000 m2 (4,090,300 ka2)
Bilangan tingkat 128
Jenis Pejabat, Hotel, Hiburan, Pemerhatian