Mengistu_Haile_Mariam
Mengistu_Haile_Mariam

Mengistu_Haile_Mariam

Mengistu Haile Mariam (lahir 21 Mei 1937) adalah seorang askar dan ahli politik dari Habsyah; beliau merupakan tokoh utama dalam negara tersebut di mana beliau menjadi diktator memerintah negara ini dari tahun 1977 selepas penggulingan pemerintahan Maharaja Haile Selassie I sebagai pengerusi junta tentera Derg (dari tahun 1977 hingga 1987) dan Presiden Republik Demokratik Rakyat Habsyah (dari 1987 hingga 1991).Mengistu mengalahkan pesaing untuk kuasa dari Derg dan menjadikan dirinya diktator Habsyah, cuba memodernisasi ekonomi feudal Habsyah melalui dasar Marxis-Leninis seperti nasionalisasi dan pengedaran semula tanah dalam kalangan rakyatnya. Penyatuan kekuatannya pada tahun 1977-1978 dikenali sebagai Keganasan Merah Habsyah.[1]