Kesihatan Mentega_kacang

Nutrisi

Setiap hidangan 2 sudu besar mentega kacang mengandungi lebih dari 8 gram dari protein, hampir 2 gram dari serabut diet, 208 miligram dari kalium, lebih dari satu gram dari besi, 24 mikromiligram dari folat, 188 kalori dan 3 gram dari gula. Kandungan lemak ialah 16 gram satu hidang, tapi hanya 3 gram merupakan lemak tepu. Selebih itu, lemak adalah lemak tidak tepu mono dan poli, di mana telah dibuktikan ianya baik untuk kesihatan jantung dan otot. Kandungan protein dan serabut tidak begitu banyak, namun setiap benda dikira apabila mengambil berat tentang mikronutrien anda. [2]

Isu kesihatan

Tidur

Mentega kacang dipercayai dapat membantu untuk mendapat tidur lebih nyenyak kerana kandungan niasin (Vitamin B3), yang membantu pelepasan serotonin. [3]

Jantung

Kajian menunjukkan, sesiapa yang memakan mentega kacang dengan tetap dan mengikut peraturan dalam diet mereka boleh jadi dapat mengurangkan pembentukan penyakit jantung atau penyakit kencing manis tahap 2 dari mereka yang tidak memakan kekacang. Lemak tidak tepu, lemak yang terkandung didalam mentega kacang, dapat membantu mengurangkan kolestrol LDL dan merendahkan risiko dari penyakit jantung. [4]

Minyak berhidrogen

Tujuan penggunaan minyak berhidrogen atau minyak hidrogenasi adalah untuk membenarkan mentega kacang kelihatan tampak lebih halus dan dapat membenarkan mentega kacang akan lebih tahan lama. Namun, minyak berhidrogen adalah hasil dari proses hidrogenasi, yang membentuk lemak tidak tepu menjadi asid lemak tepu. Dalam proses ini, sifat fizikal asid lemak bertukar dan terdapat perbezaan pada sifatnya, maka ia menjadi lemak trans. Lemak trans akan meningkatkan kolestrol tidak baik iaitu LDL dan boleh menaikkan risiko menghadapi penyakit jantung.[5]