Menteri_(catur)
Menteri_(catur)

Menteri_(catur)

Buah menteri[1] (pinjaman bahasa Sanskrit मन्त्रिन् mantrín) atau permaisuri[2] (♕,♛) paling berkuasa dalam permainan catur dengan kemampuan bergerak ke mana-mana petak menegak, melintang atau menyerong tanpa had.Setiap pemain bermula dengan satu permaisuri, diletakkan di tengah-tengah baris pertama yang bersebelahan dengan raja. Apabila papan catur disusun, permaisuri putih bermula di petak putih dan permaisuri hitam di petak hitam - dalam notasi algebra, permaisuri putih bermula pada D1 dan permaisuri hitam bermula pada D8. Kerana permaisuri merupakan buah paling berkuasa, apabila bidak dinaikkan pangkat ia hampir kerap ditukar dengan buah permaisuri.Peranan buah ini dahulu berkesinambungan daripada buah fers atau wazir permainan shatranj yang hanya mampu untuk bergerak atau menawan satu langkah menyerong. Pergerakan ratu moden muncul pada abad ke-15 Eropah.Templat:Algebraic notation