Mentor_(musim_6)

Musim keenam rancangan pencarian bakat, Mentor dianjurkan oleh TV3 untuk tahun 2012. Kali ini, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Ferhad, Ella dan Adam dipelawa sebagai mentor untuk membimbing anak didik (protege) masing-masing.Mentor 6 bersiaran di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam, mulai rakaman ujibakat pada 4 Mac 2012. Seperti biasa, turut diwujudkan segmen Jurnal Mentor setiap Ahad, 7 malam, dan Jurnal Protégé, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.28 malam sepanjang pertandingan.Mentor 6 dijuarai oleh Ella dengan protegenya, Puteri Caroline Mohd Kamel.