Mentor_Milenia_2019

Mentor Milenia 2019 merupakan sebuah rancangan realiti televisyen terbitan TV3. Lima protege akan memilih protege masing-masing untuk merebut hadiah juara program tersebut. Lima protege tersebut ialah Akim, Hazama, Black, Stacy dan Ernie Zakri. Manakala Dato' Syafinaz Selamat dan Altimet memainkan peranan sebagai juri tetap. Format pemarkahan protege pula 50% dari juri tetap dan juri jemputan, 30% dari undian penonton di laman sesawang Mentor Milenia 2019 dan 20% dari juri awam di studio. Juara musim kali ini milik Apex Tajudin, iaitu protege kepada Hazama.

Mentor_Milenia_2019

Penggubah Faizal Uzir (Lok U)
Juri Dato' Syafinaz Selamat
Altimet
Mengikuti Mentor Milenia 2017
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Muhamad Sufian Isa
Lagu pembukaan "Tunjuk Ajarku Sifu"
Penerbit Aeizul Reeza Ismail
Pengacara Shuk Sahar
Elly Mazlein
Tempoh siaran 2 jam
Siaran asal 6 Oktober 2019 – 15 Disember 2019
Bilangan episod 10
Rancangan berkaitan Mentor
Genre Pertandingan Nyanyian
Realiti TV
Saluran asal TV3