Mercurius

Mercurius [mĕr-ku-ri-us,  listen (bantuan·maklumat)] (bahasa Inggeris: Mercury) merupakan suatu dewa utama dalam mitologi tamadun Rom; kepercayaan ini menganggap dia sebagai dewa perdagangan, keuntungan, persuratan dan perhubungan atau komunikasi, ramalan, perantauan dan sempadan. Dia juga dipercayai sebagai pembawa dan pemandu roh-roh orang yang telah mati ke alam barzakh.[1][2] Dia dipercayai hasil hubungan dewa Jupiter dan Maia, anak perempuan Atlas.[3]