Mereneh
Mereneh

Mereneh

Mereneh (Tulisan Jawi: مرنيه) adalah teknik penyediaan makanan di mana makanan dimasak dalam cecair panas yang dikekalkan tepat di bawah titik didih air (iaitu 100°C atau 212 °F pada tekanan udara paras laut purata)[1], tetapi lebih tinggi daripada suhu rebus carak. Dalam masakan Jepun, simmering dianggap sebagai salah satu daripada empat teknik memasak yang pentingUntuk mengekalkan renehan, seseorang mendidihkan isi periuk dan kemudian mengurangkan haba untuk mengekalkan suhunya.