Mesozoik
Mesozoik

Mesozoik

Mesozoik (Bahasa Yunani: μεσο, meso, "antara" dan ζωον, zoon, "haiwan" atau secara keseluruhannya "haiwan pertengahan") adalah salah satu dari tiga era geologi pada eon Fanerozoik. Pembahagian waktu menjadi era ini diawali oleh Giovanni Arduino pada abad ke-18, walaupun nama asli yang diberikannya untuk Mesozoik adalah Sekunder (menjadikan era moden menjadi Tertier). Era yang berlangsung antara Paleozoik dan Senozoik ini sering pula disebut Zaman Kehidupan Pertengahan atau Zaman Dinosaur, mengikuti nama fauna yang dominan pada masa itu.Mesozoik ditanda dengan aktiviti tektonik, iklim, dan evolusi. Benua-benua secara perlahan mengalami pergeseran dari saling menyatu antara satu sama lain menjadi seperti sekarang ini. Pergeseran ini menimbulkan pelrbagai perkembangan evolusi penting lainnya. Iklim hangat yang terjadi sepanjang zaman ini juga memegang peranan penting bagi evolusi dan memperbagaikan spesis haiwan baru. Pada akhir zaman ini, dasar-dasar kehidupan moden terbentuk.Mesozoik berlangsung lebih kurang selama 180 juta tahun, antara 251 hingga 65 juta tahun yang lalu. Era ini dibagi menjadi tiga zaman: Trias, Jura, dan Kapur.