Metacritic
Metacritic

Metacritic

Metacritic merupakan sebuah laman web yang menyusun semula ulasan-ulasan untuk album muzik, permainan video, filem, rancangan televisyen dan DVD. Untuk setiap produk, sebuah nombor kadaran untuk setiap ulasan diterima dan jumlahnya dipuratakan. Sebuah salinan setiap ulasan disertakan bersama-sama hiperrangkai kepada sumbernya. Perakuan cadangan pengkritik dirumuskan dengan tiga jenis warna iaitu Hijau, Kuning dan Merah. Ini memberikan idea umum tentang produk tersebut dikalangan pengulas dan untuk sebahagian orang awam. Laman web ini adalah hampir serupa kepada Rotten Tomatoes, akan tetapi keputusannya kadang-kala berbeza dengan kadar yang drastik, disebabkan oleh kaedah Metacritic yang mengubah setiap ulasan menjadi suatu peratus sebelum mengambil kadaran pirata dan menyenaraikan nombor-nombor ulasan yang berbeza.Kebanyakan daripada laman-laman web ulasan memberi sesebuah ulasan daripada kadaran berjumlah lima, sepuluh, seratus dan kadang-kala juga menggunakan huruf. Mteacritic menukar gred tersebut kepada sebuah peratus tertentu. Untuk ulasan yang tidak memiliki sebarang kadaran (misalnya, ulasan oleh Amazon), Metacritic secara manualnya menilai ulasan tersebut sebelum memberikan gred yang bersesuaian. Meskipun Metacritic sebelum ini pernah mengulas judul-judul buku, disebabkan keluaran Harry Potter and the Deathly Hallows, ulasan mereka secara tetap terhadap judul-judul buku yang baru dipasarkan telah berkurang, kecuali jika judul-judul tersebut adalah keluaran yang terkenal di pasaran.Pada tahun 2008, Microsoft telah mula menggunakan kadaran purata Metacritic untuk mengeluarkan daripada senarai beberapa judul permainan video Xbox Live Arcade yang kurang menonjolkan prestasi.[1][2] Namun hal ini gagal dilaksanakan di atas keluaran Xbox Experience.[petikan diperlukan]

Metacritic

Pemilik CBS Interactive
Dicipta oleh Jason Dietz, Marc Doyle, Julie Roberts
Pengiklanan? Ya
Pendaftaran Percuma/Langganan
Laman sesawang www.metacritic.com
Dilancarkan pada Januari 2001
Jenis laman Ulasan/Kadaran