Metadata

Metadata (meta data atau juga dikenali sebagai metainformasi) merupakan "data berkaitan data", dalam semua jenis media. Sebuah butiran metadata mungkin menerangkan suatu data tunggal (datum), atau butiran kandungan, mahupun satu koleksi data termasuklah pelbagai butiran kandungan, sebagai contoh sebuah skema pangkalan data.
Istilah metadata merupakan istilah kabur yang digunakan bagi dua asas konsep yang berbeza (jenis). Sungguhpun gambaran "data mengenai data" sering digunakan, ia tidak boleh digunakan pada keduanya dalam cara yang sama. Metadata struktur, reka bentuk dan spesifikasi bagi struktur data, tidak boleh mengenai data, kerana ketika masa reka bentuk applikasi tidak memiliki data. Dalam kes ini gambaran tepat adalah mengenai "data mengenai bekas data". Metadata gambaran, sebaliknya, adalah mengenai individual data applikasi, kandungan data. Dalam kes ini, gambaran berguna (menghasilkan neologism kabur) adala "data mengenai kandungan data" atau "kandunganmengenai kandungan" dengan itu Rangka Kerja Kandungan Meta ("Meta Content Framework"). Gambaran, Panduan dan konsep Organisasi Piwaian Maklumat Kebangsaan ("National Information Standards Organization") bagi pentadbiran metadata adalah kesemua jenis kecil "metacontent" ("kandungan meta").Metadata ("kandungan meta") secara tradisi dijumpai dalam katalog kad perpustakaan. Ketika maklumat menjadi semakin digital, metadata turut digunakan bagi menggambarkan data digital dengan menggunakan piwaian metadata khusus kepada bidang tertentu. Dengan menggambarkan kandungan dan konteks bagi fail komputer, kualiti data/fail asal dipertingkatkan dengan banyaknya. Sebagai contoh, tapak web mungkin termasuk metadata menyatakan bahasa apa yang digunakan bagi menulisnya, peralatan apa yang digunakan bagi menciptanya, dan di mana perlu pergi bagi lebih perincian mengenai subjek, membenarkan pelayar secara automatik meningkatkan pengalaman pengguna.