MetroVision

MetroVision ialah sebuah televisyen swasta di Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Julai 1995 dan dimiliki oleh Media Prima Berhad dan diurus oleh City Television Sdn Bhd, dan beroperasi di Shah Alam. Ia merupakan stesen TV swasta kedua negara selepas TV3 yang beroperasi pada 1984 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri keempat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan bersiaran di Kuala Lumpur. Cakupan siaran hanya terhad kepada Lembah Kelang, tetapi ia diperluaskan di Kedah dan Johor.[1]

MetroVision

Pemilik Media Prima Berhad
Negara
Orang penting Ahmad Izham Omar, Pengarah Operasi Rangkaian
Tarikh pelancaran 1 Julai 1995
Dibubarkan 1 November 1999; 20 tahun yang lalu (1999-11-01)
Ketersediaan Seluruh Malaysia
Jenis Saluran UHF