Metro_Shanghai
Metro_Shanghai

Metro_Shanghai

Metro Shanghai merupakan sistem alihan laju di Shanghai, China. Laluan pertama mula beroperasi pada tahun 1993, menjadikan Shanghai bandar ketiga di Tanah Besar China yang mempunyai sistem laluan bawah tanah, iaitu selepas Beijing and Tianjin. Metro Shanghai ialah salah satu sistem alihan laju yang berkembang dengan paling pesat di dunia, dan beberapa laluannya masih dalam pembinaan. Secara keseluruhannya, Metro Shanghai mempunyai 14 laluan metro dan 329 stesen, dengan laluan beroperasi yang panjangnya 538 km, menjadikannya sistem metro yang terpanjang di dunia. Penumpang tahunan Metro Shanghai mendapat tempat ketiga di dunia, dengan 2.5 bilion penumpang diangkut pada tahun 2013. Pada 30 April 2004, penumpang harian Metro Shanghai mencecah rekod 9.381 juta. Pada hari kerja biasa, penumpang yang menaiki Metro Shanghai melebihi 8 juta.Pada 16 Oktober 2013, dengan melanjutkan Laluan 11 ke Kunshan, Jiangsu, Metro Shanghai menjadi sistem alihan laju pertama di China yang menghubungkan dua wilayah pentadbiran tahap provinsi. Terdapat rancangan untuk menghubungkan Metro Shanghai dengan sistem metro Suzhou dan Wuxi.

Metro_Shanghai

Pemilik Shanghai Shentong Metro Group
Panjang sistem 538 km
Bil. penumpang tahunan 2.5 bilion (2013)[1]
Jumlah stesen 330
Lokasi Shanghai dan Kunshan, Jiangsu
Jenis transit Alihan laju
Laman sesawang www.shmetro.com
Peta sistem
Peta sistem

Jumlah laluan/aliran 14
Pengendali Syarikat Operasi Metro No.1-No.4 Shanghai (4 Syarikat berkongsi nama)
Bil. penumpang harian 6.86 juta (purata 2013)[1]
9.381 juta (rekod)[2]
Mula beroperasi May 28, 1993