Metrofulus

Metrofulus ialah sebuah bandar fiksyen yang didapati dalam filem superhero box-office Malaysia yang pertama, Cicak-Man. Seluruh bandar dibina dengan hanya menggunakan imej janaan komputer (CGI).Metrofulus juga merupakan sebuah negara bandaraya Dan ketua negaranya adalah Presiden.Nama Metrofulus merupakan sindiran terhadap bandar Metropolis yang terdapat dalam komik Superman, yang mana hujungnya digantikan dengan perkataan fulus (perkataan pinjaman bahasa Arab bermaksud wang). Adalah digambarkan bahawa kos sara hidup di bandar ini amat tinggi.