Geografi Mexico

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Mexico

Topografi Mexico terdiri dari beberapa banjaran pergunungan, di antaranya Sierra Madre Occidental di sebelah barat, Sierra Madre Oriental di timur, Cordillera Neovolcánica di tengah, dan Sierra Madre del Sur di selatan; dataran rendah kebanyakan sepanjang pesisir dan di Semenanjung Yucatan. Pedalaman negeri berdataran tinggi. Aktiviti seismik secara relatifnya adalah tinggi.

Hanya sedikit sungai yang boleh dilayari. Kebanyakan sungai adalah pendek dan mengalir dari jajaran pergunungan ke pesisir pantai.

Iklim Mexico adalah berpelbagai. Sebahagian besar negeri memiliki dua musim: hujan (Jun-September) dan panas (Oktober-April). Pada umumnya curahan hujan rendah di pedalaman dan utara. Manakala curahan hujan adalah tinggi di pesisir timur, di selatan, dan di Semenanjung Yucatan.