Pendidikan Mexico

Pendidikan di Mexico dibahagikan mengikut kelas. Para pelajar dari keluarga berada belajar di sekolah swasta yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta bahan rujukan, manakala anak dari golongan miskin biasanya tidak mampu untuk pergi kesekolah atau pergi kesekolah yang serba kekurangan. Kaum yang paling terpinggir ialah kaum Indian. Pada 1990, dianggarkan lebih 40 peratus penduduk Indian berusia lima belas tahun ke atas tidak boleh membaca. Ini telah mewujudkan jurang pendidikan yang ketara dikalangan rakyat Mexico. Namun kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk menggalakkan perkembangan pendidikan di kalangan belianya.

Antara lain, kerajaan telah menetapkan bahawa pendidikan adalah wajib sehingga ke gred enam. Malangnya akibat tekanan kewangan, kebanyakan pelajar dari kelas bawahan lebih berminat bekerja dari bersekolah. Di Mexico, tiada undang-undang yang mewajibkan pendidikan menengah. Di sekolah rendah mereka mempelajari Matematik, Pelajaran Sosial, "grammar", tulisan, membaca dan pendidikan fizikal. Manakala nilai-nilai moral dan kekeluargaan di pelajari dirumah. Kepentingan menambah pendapatan melalui kanak-kanak yang bekerja dalam sesebuah famili bermakna pemilihan antara "survival" dan pendidikan. Namun demikian, pada lima tahun kebelakangan ini kehadiran pelajar kesekolah semakin bertambah: UNICEF melaporkan 84% kanak-kanak yang memulakan alam persekolahan akan mencapai gred lima. Kadar keciciran pelajar yang rendah bermakna lebih ramai belia akan melanjut kepelajaran yang tinggi dan ini boleh membantu mengurangkan kemiskinan. Kini, lebih 8 juta belia telah mendaftar di sekolah menengah, iaitu 2 juta lebih dari tahun 1994.

Kerajaan di bawah Presiden Ernesto Zedillo telah berusaha untuk memperkembangkan pendidikan dinegara ini. Malah, lebihkurang 25 peratus perbelanjaan kerajaan telah disalurkan kearah pendidikan. Antara lain wang ini telah digunakan untuk membina sekolah-sekolah rendah serta teknik yang baru. Selain itu, wang ini digunakan untuk mengagih buku-buku teks secara percuma kepada 90% sekolah awam di Mexico.