MiTV

U Television Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai U Telecom Media Holdings Sdn Bhd dan MiTV Corporation Sdn. Bhd.) ialah pengendali televisyen berbayar ketiga di Malaysia. Ia dilancarkan pada 5 September 2005 setelah memperoleh semua kelulusan yang diperlukan dari lembaga penapisan kandungan siarannya. Syarikat itu pada mulanya menawarkan 40 saluran dari pembekal kandungan di seluruh dunia. Pada 31 Oktober 2006, syarikat itu mengumumkan penyusunan semula yang termasuk penggantungan semua aktiviti pemasaran dan langganan baru. Di samping itu, kira-kira 66% daripada tenaga kerja syarikat telah diberhentikan.[1]

Berkaitan