Michael_Bay
Michael_Bay

Michael_Bay

Michael Benjamin Bay (lahir 17 Februari 1965) merupakan seorang pengarah filem warganegara Amerika. Beliau dikenali kerana mengarah filem-filem aksi berbajet besar berciri-ciri suntingan cepat, visual bergaya dan penggunaan kesan khas melampau. Dalam filem-filem beliau, termasuk filem cereka sains ngeri Armegeddon (1998), filem perang epik Pearl Harbor (2001) dan filem aksi sains fiksyen bersiri Transformer (2007-kini), telah mendapat lebih US$5 bilion seluruh dunia. Beliau merupakan salah seorang pengasas produksi pengiklanan "The Institute for the Development of Enchanced Perceptual Awarness" (Institusi Pembangunan Kesedaran Persepsi yang Dipertingkatkan). Beliau juga merupakan salah seorang pengerusi dan memilik digital khas "Digital Domain". Beliau merupakan pemilik Platinum Dunes, sebuah rumah produksi yang telah membuat semula filem-filem seram termasuk The Texas Chainsaw Massacre (2003), The Amityville Horror (2005), The Hitcher (2007), Friday the 13th (2009) dan A Nightmare on Elm Street (2010). Walaupun dianggap berjaya dengan filem-filem berperingkat antarabangsa, Bay telah menerima banyak campuran terhadap ulasan negatif keatas karyanya daripada pengkritik filem. Manakala filem-filemnya seperti The Rock, The Island, Pain & Gain, dan Transformers menerima sedikit ulasan positif daripada pengkritik dan penonton, sambungan sekuel Transformers dikritik oleh pengkritik, begitu juga dengan Pearl Harbor, filem-filem Bad Boys dan Armageddon.