Kerjaya Michael_Fassbender

Awal kerjaya

Fassbender di Festival Filem Cannes 2009

Fassbender mendapat peranan pertamanya menerusi sirimini Band of Brothers (2001).[19] Beliau melakukan watak sebagai Azazeal dalam Hex di Sky One dan menjadi watak utama dalam video muzik kugiran British The Cooper Temple Clause untuk lagu "Blind Pilots".[19]

Fassbender kemudiannya melakonkan watak Jonathan Harker dalam siri radio Dracula terbitan BBC Northern Ireland yang disiarkan dari 24 November sehingga 5 Disember 2003. Pada awal 2004, beliau kelihatan dalam iklan televisyen untuk minuman beralkohol;[20] dan iklan ini memenangi pingat emas menerusi Anugerah FAB 2005. [21][22]

Semasa Edinburgh Festival Fringe 2006, Fassbender melakonkan watak sebagai Michael Collins dalam Allegiance, sebuah pementasan oleh Mary Kenny berdasarkan pertempuan di antara Collins dan Winston Churchill.[23] Selain itu, Fassbender turut menerbitkan, mengarah dan membintangi Reservoir Dogs versi pementasan. [19]

Beliau kemudiannya muncul dalam Angel (judul UK: The Real Life of Angel Deverell). Drama berbahasa Inggeris pertama arahan pengarah Perancis François Ozon ini telah ditayangkan pada 17 Februari 2007 di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan pada 14 Mac 2007 di Paris. Beliau kemudiannya muncul dalam Wedding Belles sebagai Barney.

Kejayaan arus perdana

Pada tahun 2006, Fassbender melakon watak sebagai Stelios, pahlawan muda Sparta menerusi filem 300, sebuah filem aksi fantasi arahan Zack Snyder yang berjaya.[24] Sebagai persiapan membawa watak Bobby Sands, dalam filem Hunger, Fassbender telah melalui satu diet yang membataskan pengambilan 600 kalori sehari. Beliau menerima British Independent Film Award untuk lakonannya dalam filem tersebut.[25] Setahun selepas kejayaan beliau di Festival Filem Cannes dengan Hunger, beliau muncul dalam Inglourious Basterds dan Fish Tank.

Fassbender semasa tayangan perdana 12 Years a Slave, di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2013

Pada tahun 2010, Fassbender muncul dalam Jonah Hex.[26] Hex menerima kritikan negatif,[27] Beliau kemudiannya melakonkan watak Quintus Dias dalam filem arahan Neil Marshall, Centurion.[28] serta sebagai 'Richard Wirth' untuk filemBlood Creek arahan Joel Schumacher.

Menerusi Jane Eyre (2011) arahan Cary Fukunaga , Fassbender memegang watak sebagai Edward Rochester dan bergandingan dengan Mia Wasikowska. [29]

Fassbender diberi kepercayaan untuk memegang watak sebagai Magneto dalam filem X-Men: First Class. Filem tersebut telah ditayangkan pada 3 Jun 2011 dan menerima pujian. Pada tahun 2011, Fassbender membintangi A Dangerous Method arahan David Cronenberg dan telah ditayangkan di Festival Filem Venice 2011. .[30]

Pada tahun 2011, beliau muncul sebagai watak utama dalam filem Shame, mengenai seorang lelaki yang menghadapi masalah ketagihan seksual. Shame merupakan filem kedua beliau bersama Steve McQueen dan telah ditayangkan di Festival Filem Venice 2011, dimana Fassbender menerima Piala Volpi untuk Pelakon Lelaki Terbaik. [31] Fassbender merupakan seorang pesaing untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi, namun beliau tidak dicalonkan. Menurut beberapa sumber, adengan telanjang beliau dan perlakuan seksual menginspirasikan pengundi "untuk berfantasi, dan bukannya mengundi." [32][33] Fassbender menerima pencalonan untuk Golden Globe dan BAFTA.

Pada tahun 2012, Fassbender muncul dalam filem arahan Steven Soderbergh, Haywire [26] dan filem cereka sains Ridley Scott, Prometheus. Fassbender kemudiannya muncul dalam sebuah lagi filem arahan Scott, The Counselor (2013). . [34][35] Fassbender bekerjasama untuk kali ketiga bersama dengan pengarah Steve McQueen untuk filem 12 Years a Slave (2013) sebagai Edwin Epps dan melayakkan beliau menerima pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Akademi. Fassbender muncul sekali lagi sebagai Magneto dalam X-Men: Days of Future Past yang ditayangkan pada 23 Mei 2014.[36] Fassbender turut membintangi filem Frank.[37]. Bersama-sama dengan Kodi Smit-McPhee dan Ben Mendelsohn, Fassbender membintangi Slow West pada tahun 2015 sebagai penggembara enigmatik bernama Silas.[38]

Fassbender, Marion Cotillard, dan Justin Kurzel di Festival Filem Cannes untuk tayangan perdana Macbeth pada tahun 2015

Fassbender melakon watak pengasas dan CEO Apple, Steve Jobs dalam filem arahan Danny Boyle menerusi filem Steve Jobs, yang memulakan penggambaran pada Januari 2015 di San Francisco, A.S., dan ditayangkan pada bulan September dalam tahun yang sama. Ia diadaptasi dari Walter Isaacson.[39] Ditulis oleh Aaron Sorkin, Fassbender dipilih selepas Christian Bale menolak projek tersebut.[40] Beliau telah tercalon bagi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi untuk filem ini.[41]

Fassbender kemudiannya muncul dalam filem Macbeth arahan Justin Kurzel, dimana beliau bergandingan bersama Marion Cotillard sebagai Lady Macbeth dan David Thewlis sebagai King Duncan.[42] Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Cannes 2015.[43]

Pada tahun 2016, Fassbender muncul sekali lagi sebagai Magneto untuk filem X-Men: Apocalypse.[44] Beliau kemudiannya membintangi The Light Between Oceans, berdasarkan novel tulisan M. L. Stedman, dan diarahkan oleh Derek Cianfrance. Filem ini melakukan penggambaran di New Zealand pada penghujung September 2014, dan ditayangkan pada 2 September 2016.[45][46] Di tahun 2016 juga, Fassbender membintangi Trespass Against Us, bersama-sama dengan Brendan Gleeson.[47] Tahun 2016 turut memperlihatkan Fassbender muncul dalam filem Assassin's Creed, dimana beliau turut menjadi penerbit bersama.[48] Ia turut dibintangi oleh pasangannya dalam MacBeth, Marion Cotillard.[49][50] Pada Mei 2017, Fassbender muncul semula dalam sekuel Prometheus, Alien: Covenant.[51] Pada tahun 2015, Fassbender membintangi The Snowman, arahan Tomas Alfredson serta dibintangi bersama Rebecca Ferguson dan Charlotte Gainsbourg. Pengembaran bermula pada Januari 2016 dan ditayangkan pada Oktober 2017.[52]

Projek akan datang

Fassbender akan muncul sebagai Magneto dalam filem 2018 X-Men: Dark Phoenix.[53]

Bersama-sama dengan Ronan Bennett, Fassbender telah membangunkan sebuah syarikat produksi, Finn McCool Films. Mereka kini sedang membangunkan filem mengenai Cú Chulainn.[54]

Rujukan

WikiPedia: Michael_Fassbender http://www.alesrybarik.com/knockout-has-begun-film... http://www.biography.com/people/michael-fassbender... http://www.bloody-disgusting.com/news/19551 http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=300.htm http://www.channel4.com/programmes/wedding-belles/... http://www.cinematical.com/2010/02/09/casting-bite... http://collider.com/x-men-apocalypse-michael-fassb... http://deadline.com/2015/02/marion-cotillard-assas... http://deadline.com/2016/02/the-light-between-ocea... http://deadline.com/2017/06/x-men-dark-phoenix-jen...