Michael_Fassbender
Michael_Fassbender

Michael_Fassbender

Michael Fassbender (lahir 2 April 1977) merupakan seorang pelakon Ireland. Beliau mula muncul menerusi filem epik perang fantasi, 300 (2007) sebagai seorang pahlawan Sparta. Sebelum itu, beliau pernah muncul dalam pementasan dan juga rancangan untuk televisyen seperti sirimini HBO, Band of Brothers (2001) dan drama fantasi Sky One, Hex (2004–05). Beliau turut pernah membintangi filem Hunger (2008) sebagai aktivis IRA, Bobby Sands. Menerusi watak ini, Fassbender berjaya memenangi British Independent Film Award. Selain itu, beliau pernah membintangi beberapa filem seperti Fish Tank (2009), Inglourious Basterds (2009), filem adaptasi 2011 mengenai Jane Eyre, A Dangerous Method (2011), Prometheus (2012) dan sekuelnya, Alien: Covenant (2017), serta sebuah komedi-drama muzikal Frank (2014).Pada tahun 2011, Fassbender muncul dalam X-Men: First Class sebagai Magneto, dan berkongsi watak yang sama bersama Ian McKellen dalam X-Men: Days of Future Past (2014), serta muncul dengan watak yang sama dalam X-Men: Apocalypse (2016). Pada tahun 2011 juga, melakon watak sebagai seorang lelaki ketagihan seks dalam Shame yang melayakkan beliau memenangi Piala Volpi untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-68 selain tercalon untuk Golden Globe dan Anugerah BAFTA. Pada tahun 2013, lakonan beliau sebagai pemilik hamba dalam filem epik perhambaan, 12 Years a Slave telah mendapat pujian dan melayakkan beliau menerima pencalonan pertama untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Anugerah Akademi. Pada tahun 2013, Fassbender muncul dalam sebuah lagi filem Ridley Scott, The Counselor. Beliau kemudiannya memegang watak dalam filem biografi arahan Danny Boyle, Steve Jobs pada tahun 2015 dan memegang watak Macbeth dalam filem yang diadaptasio dari pementasan William Shakespeare, Macbeth. Pada tahun 2015 juga, beliau menerbitkan Slow West, yang turut dibintangi olehnya.

Rujukan

WikiPedia: Michael_Fassbender http://www.alesrybarik.com/knockout-has-begun-film... http://www.biography.com/people/michael-fassbender... http://www.bloody-disgusting.com/news/19551 http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=300.htm http://www.channel4.com/programmes/wedding-belles/... http://www.cinematical.com/2010/02/09/casting-bite... http://collider.com/x-men-apocalypse-michael-fassb... http://deadline.com/2015/02/marion-cotillard-assas... http://deadline.com/2016/02/the-light-between-ocea... http://deadline.com/2017/06/x-men-dark-phoenix-jen...