Michael_Schumacher
Michael_Schumacher

Michael_Schumacher

Michael Schumacher (Tulisan Jawi: مايكل شوماخر; lahir 3 Januari 1969) ialah seorang bekas pemandu Formula Satu dari Jerman. Schumacher ialah Juara Dunia Formula Satu sebanyak tujuh kali dan dianggap sebagai salah seorang pemandu F1 yang terhebat.[1][2][3][4] Beliau memegang pelbagai rekod dalam Formula Satu, termasuk kejuaraan terbanyak, pusingan terpantas, petak pertama, mata yang diperoleh dalam satu musim, dan kemenangan dalam satu musim, iaitu 13 buah kemenangan pada tahun 2004. Pada tahun 2002, beliau mendapat podium untuk kesemua perlumbaan, dan kemudiannya memecahkan rekod untuk podium terbanyak berturut-turut. Menurut laman sesawang rasmi Formula Satu, beliau "secara statistiknya merupakan pemandu terhebat dalam sukan yang pernah dilihat".[5]Selepas bermula dalam sukan kart, Schumacher memenangi kejuaraan pemandu Jerman dalam Formula König dan Formula Three, sebelum menyertai Mercedes dalam World Sportscar Championship. Selepas berlumba dalam satu perlumbaan untuk pasukan Formula Satu Jordan, beliau menyertai Benetton Formula pada tahun 1991. Selepas memenangi dua kejuaraan berturut-turut bersama Benetton pada tahun 1994/5, Schumacher menyertai Ferrari pada tahun 1996 dan memenangi lima gelaran pemandu berturut-turut bersama mereka, dari tahun 2000 hingga 2004. Schumacher bersara dari Formula Satu pada tahun 2006 dan kekal bersama mereka sebagai penasihat.[6] Schumacher bersetuju untuk kembali bersama Ferrari pada pertengahan musim 2009 sebagai pengganti Felipe Massa yang mengalami kecederaan yang teruk, tetapi tidak dapat melakukan demikian kerana mengalami kecederaan leher. Beliau kemudiannya menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk memandu bersama pasukan Mercedes GP yang baru, bermula pada tahun 2010.[7]Kerjaya Schumacher tidak asing lagi daripada kontroversi. Beliau terlibat dalam dua kemalangan pada perlumbaan akhir musim yang menentukan keputusan kejuaraan dunia, dengan Damon Hill pada tahun 1994 di Adelaide, dan dengan Jacques Villeneuve pada tahun 1997 di Jerez.[8] Schumacher merupakan duta dan jurucakap bagi UNESCO untuk keselamatan pemandu di jalan raya. Beliau juga menderma berpuluh-puluh juta dolar kepada badan amal.[9] Michael dan adiknya, Ralf Schumacher, ialah satu-satunya adik beradik dalam Formula Satu untuk memenangi sebuah perlumbaan dalam Formula Satu, dan mereka adalah adik beradik yang pertama untuk mendapat keputusan 1-2 dalam perlumbaan yang sama, di Montreal pada tahun 2001. Kedua-dua adik-beradik ini mengulangi pencapaian ini empat kali lagi (Grand Prix Perancis 2001, Grand Prix Brazil 2002, Grand Prix Kanada 2003 dan Grand Prix Jepun 2004).

Michael_Schumacher

Lahir (1969-01-03) 3 Januari 1969 (umur 51)
Hürth, Jerman Barat
Kemenangan pertama Grand Prix Belgium 1992
Mata kerjaya 1,566
Pusingan terpantas 77
Pasukan Jordan, Benetton, Ferrari, Mercedes
Petak pertama 68
Kewarganegaraan Jerman
Perlumbaan terakhir Grand Prix Brazil 2012
Kejuaraan 7 (1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004)
Podium 155
Kemenangan 91
Perlumbaan pertama Grand Prix Belgium 1991
Kedudukan 2012 Ke-13 (49 mata)
Kemenangan terakhir Grand Prix China 2006
Perlumbaan 308 (307 permulaan)
Tahun aktif 19912006, 20102012

Rujukan

WikiPedia: Michael_Schumacher http://www.theroar.com.au/2009/12/24/schumacher-re... http://formula1.about.com/od/teams/p/Ferrari.htm http://www.artwoo.com/article/michael-schumacher http://www.autoracing.com/formula-1/drivers/michae... http://atlasf1.autosport.com/99/bra/preview/kalb.h... http://f1greatestdrivers.autosport.com/?driver=2 http://www.autosport.com/news/grapevine.php/id/598... http://www.autosport.com/news/report.php/id/111979 http://www.autosport.com/news/report.php/id/55462 http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601100&si...