Microsoft

Koordinat: 47°38′22.55″N 122°7′42.42″W / 47.6395972°N 122.1284500°W / 47.6395972; -122.1284500Microsoft Corporation (NASDAQ: MSFT, HKEX: 4338) ialah sebuah perbadanan teknologi komputer multinasional yang membangunkan, mengilang, melesenkan dan menyokong beraneka keluaran perisian untuk kegunaan peralatan komputer.[3] Antara keluaran syarikat yang beribu pejabat di Redmond, Washington, Amerika Syarikat ini ialah sistem pengendalian Microsoft Windows dan set perisian produktiviti Microsoft Office. Produk-produk ini menempa kedudukan terpenting dalam pasaran komputer meja dengan anggaran bahagian pasaran setinggi 90% atau lebih seperti pada tahun 2003 bagi Microsoft Office dan 2006 bagi Microsoft Windows seiring dengan misi asal syarikat ini iaitu "sebuah komputer di atas setiap meja dan di dalam setiap rumah mengendalikan perisian Microsoft".[4][5][6][7][8][9][10]Microsoft yang mula-mulanya ditubuhkan pada tahun 1975 untuk membangunkan dan menjual pentafsir BASIC untuk Altair 8800 bangkit untuk mendominasi pasaran sistem pengendalian komputer rumah dengan MS-DOS pada pertengahan 1980-an. Syarikat ini mengeluarkan satu penawaran awam permulaan (IPO) di pasaran saham, di mana disebabkan berikutan kenaikan harga saham telah melahirkan 4,000 orang jutawan dan kira-kira 12,000 jutawan di kalangan kakitangan Microsoft.[11][12][13] Sepanjang sejarahnya syarikat ini dijadikan sasaran kritikan atas pelbagai sebab, termasuk amalan perniagaan memonopoli—kedua-dua Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah merupakan antara pihak yang mengheret Microsoft ke mahkamah atas pencabulan antiamanah dan pembungkusan perisian.[14][15]Microsoft juga berpijak di pasaran-pasaran selain sistem pengendalian dan set perisian pejabat dengan aset-aset seperti rangkaian televisyen kabel MSNBC, portal Web MSN dan ensiklopedia multimedia Microsoft Encarta. Syarikat ini juga memasarkan produk perkakasan komputer seperti tetikus Microsoft dan produk hiburan rumah seperti Xbox, Xbox 360, Zune dan MSN TV.[3] Dikenali kerana apa yang disifatkan secara amnya sebagai budaya perniagaan yang tertumpu kepada pemaju, Microsoft selama ini telah memberi sokongan pengguna melalui newsgroup Usenet dan Jaringan Sejagat, dan mengurniakan status Microsoft MVP kepada sukarelawan yang didapati banyak membantu pelanggan syarikat.[16][13]

Microsoft

Pendapatan operasi ▼ US$ 21.76 billion (2012)[1]
Industri Perisian komputer
Perkhidmatan dalam talian
Permainan video
Tempat dibekalkan Worldwide
Jumlah aset ▲ US$ 121.2 billion (2012)[1]
Pendapatan bersih ▼ US$ 16.97 billion (2012)[1]
Anak syarikat List of Microsoft subsidiaries
Bilangan pekerja 94,000 (2012)[1]
Perancang utama
Jumlah ekuiti ▲ US$ 66.36 billion (2012)[1]
Ibu pejabat Microsoft Redmond Campus, Redmond, Washington, U.S.
Laman sesawang Microsoft.com
Pengasas Bill Gates, Paul Allen
Keluaran See products list
Ditubuhkan Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat (4 April 1975 (1975-04-04))
Hasil US$ 73.72 billion (2012)[1]
Didagangkan sebagai
Jenis awam
Perkhidmatan See products list

Rujukan

WikiPedia: Microsoft http://www.boston.com/business/globe/articles/2005... http://www.burst.com/new/newsevents/pressrelease00... http://www.businessrover.com/news/microsoft_offers... http://money.cnn.com/news/newsfeeds/articles/djf50... http://www.cnn.com/2004/BUSINESS/03/24/microsoft.e... http://news.com.com/PC+market+surged+in+2005,+will... http://www.extremetech.com/article2/0,1697,1151907... http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m0EIN/is... http://www.gamespot.com/news/6139702.html http://www.gamespot.com/news/6140998.html