Kelainan Mikoyan_MiG-29

MiG-29 "Fulcrum-A" milik Tentera Udara Romania. Perkhidmatan pesawat ini telah ditamatkan.


MiG-29 (Produk 9.12)Versi pengeluaran awal; memasuki perkhidmatan pada tahun 1983. Kod NATO bagi pesawat ini adalah Fulcrum-A.MiG-29B-12 (Produk 9.12A)Versi eksport untuk negara-negara bukan Pakatan Warsaw. Kekurangan sistem untuk membawa senjata nuklear dan memiliki radar yang kurang berupaya, ECM dan IFF.MiG-29UB-12 (Produk 9.51)Pesawat latihan dua tempat duduk. Tidak dipasang radar dan meriam GSh-30.MiG-29SMiG-29S secara luaran seiras dengan kerangka pesawat "Fatback" MiG-29B. Perbezaan bermula dengan penambahbaikan ke atas sistem kawalan penerbangan. Empat buah komputer baru memberi kestabilan yang lebih baik dan kebolehkawalan dengan meninggikan sudut serangan sebanyak 2°. Sistem kawalan penerbangan mekanikal-hidrolik yang dipertingkat memberi kawalan pemesongan permukaan yang lebih tinggi. Penambahan dorsal bonggol pada bahagian atas fiuslaj MiG-29S (mendapat nama gelaran "Fatback" dalam perkhidmatan) yang mana pada asalnya untuk bahan api tambahan, tetapi sebenarnya, kebanyakan ruangnya digunakan untuk menempatkan sistem ECM L-203BE Gardenyia-1 baru. Muatan tamhanan bahan api dalaman hanya meningkat sedikit iaitu sebanyak 75 liter, menjadikan pecahan bahan api pesawat kira-kira 0.27, setanding dengan F-16. Pesawat ini juga boleh membawa 1,150 liter (304 gelen A.S, 2,000 lb) tangki buang di bawah setiap sayap dan di garis tengah perut pesawat. Tenggekan bawah sayap sebelah dalam ditingkatkan untuk membolehkan pilon susunan sebaris dipasang untuk muatan lebih besar sebanyak 4,000 kg (8,820 lb). Berat keseluruhan maksimum kasar telah meningkat kepada 20,000 kg (44,000 lb).Penambahbaikan pada MiG-29S juga membolehkan penggunaan peluru berpandu baru seperti R-27E (AA-10 "Alamo") yang mempunyai jarak 1.5 berbanding model asas R-27 disebabkan oleh motor roketnya yang lebih besar. Peluru berpandu ini dahulunya hanya digunakan oleh pesawat Su-27 Flanker. Susun atur tenggekan pesawat juga membolehkan pesawat untuk membawa peluru berpandu udara ke udara jarak jauh radar aktif baru R-77 (AA-12 "Adder").Asalnya, avionik dalam pesawat MiG-29S hanya ditambah sistem IRST baru yang digabungkan dengan sistem latihan dalaman yang lebih baik yang mana membolehkan simulasi sasaran inframerah dan radar. Walaubagaimanapun, alat penambahbaikan terakhir MiG-29S juga menyediakan radar Phazotron N-019M dan lebih banyak peralatan ujian terbina dalam (terutamanya untuk radar) untuk mengurangkan pengantungan pada peralatan sokongan di darat; MiG MAPO menamakan model ini sebagai MiG-29SD. Sistem algoritma senjata diubah dalam perisian pesawat MiG-29S, digabungkan dengan peningkatan muatan pemprosesan, dan membolehkan penjejakan sehingga 10 sasaran dan menyerang 2 darinya serentak dengan menggunakan peluru berpandu R-77.MiG-29S memiliki keupayaan serangan darat yang terhad dengan peluru tanpa panduan, untuk mengubah MiG-29 menjadi pesawat pejuang pelbagai peranan, MAPO telah mereka bentuk pesawat versi MiG-29SM dengan sistem avionik yang dipertingkatkan untuk membawa dan melancarkan senjata panduan tepat. Penambahbaikan pada versi "SE/SD/SM" pada MiG-29S, ditambah dengan kehadiran dana pembangunan untuk MiG-29K, memberi MAPO isentif untuk meneruskan program pesawat pejuang pelbagai peranan,MiG-29M "Super Fulcrum".Keupayaan penerbangan MiG-29S sedikit berkurangan dibandingkan dengan pesawat MiG-29 asal disebabkan oleh berat bahan api dan avionik. Hanya 48 buah MiG-29S telah dibina untuk Tentera Udara Rusia sebelum dananya dihentikan. Daripada jumlah ini, tidak diketahui berapa buah pesawat yang memiliki versi standard penguasaan udara "S" dan berapa buah yang memiliki versi pelbagai peranan "SM". Kod NATO adalah Fulcrum-C.MiG-29S-13 (Produk 9.13)Versi sama dengan 9.12, tetapi dengan tulang fiuslaj yang dibesarkan yang mengandungi bahan api tambahan dan penyesak aktif Gardeniya. Kod NATO adalah Fulcrum-C.MiG-29S-13 (Produk 9.13S)Kerangka asas sama dengan 9.13, tetapi beban muatan persenjataan luaran ditingkatkan kepada 4,000 kg, dan tambahan dua tangki bahan api di bawah sayap. Radar ditingkat upaya kepada N019ME, yang mana berupaya untuk menjejak 10 sasaran dan menyerang dua darinya secara serentak. Sesuai untuk digunakan bersama peluru berpandu udara ke udara Vympel R-77 (AA-12 "Adder") (seperti AIM-120 AMRAAM). Kod NATO adalah Fulcrum-C.MiG-29SM (Produk 9.13M)Berupaya untuk membawa peluru berpandu udara ke permukaan dan bom-bom panduan TV dan laser. Kod NATO adalah Fulcrum-C.MiG-29K (Product 9.31)Versi tentera laut, huruf "K" bermaksud "Korabelnogo bazirovaniya", dengan ciri-ciri sayap berlipat, giar penangkap, dan giar mendarat yang diperkukuh. Pada asalnya, pesawat ini akan digunakan di atas kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov, yang mana telah menerima kelulusan pengeluaran dari Kementerian Pertahanan Rusia tetapi kemudian telah dibatalkan disebabkan perubahan doktrin ketenteraan dan masalah kewangan negara.[31] MiG Corporation memulakan semula program ini pada 1999 dan perubahan penting telah dilakukan pada reka bentuk sebelumnya. Pada 20 Januari 2004, Tentera Laut India telah menandatangani kontrak untuk membeli 12 buah pesawat satu tempat duduk MiG-29K dan empat buah pesawat dua tempat duduk MiG-29KUB. Penghantaran dijangka akan dibuat antara tahun 2007 hingga 2009[31][32] Pengubahsuaian telah dibuat untuk memnuhi keperluan Tentera Laut India seperti radar Zhuk-ME, enjin RD-33MK, muatan tempur sehingga 5,500 kg, 13 tenggekan (termasuk pembawa bom berbilang kunci), tangki bahan api tambahan dipasang pada tulang belakang dan sayap dengan pangkal pinggir depan dipanjangkan (LERX), ini bermakna muatan bahan api meningkat sebanyak 50% dibandingkan dengan versi pertama MiG-29 dan sistem kawalan digital fly-by-wire 4 saluran diperbaharui. Dengan menggunakan penyalut khas, pantulan permukaan radar bagi MiG-29K adalah 4-5 kali lebih rendah berbanding pesawat asas MiG-29. Paparan kokpit mengandungi HUD lebar dan tiga (tujuh pada MiG-29KUB) MFD LCD berwarna dan modul satelit GPS French Sigma-95 dan sistem menenang lekapan helmet Topsight E. Ia sesuai dengan julat penuh jenis persenjataan yang dibawa oleh pesawat MiG-29M dan MiG-29SMT.[33] Kod NATO adalah Fulcrum-D.MiG-29KUB (Produk 9.47)Memiliki ciri-ciri serupa dengan MiG-29K tetapi dengan dua kerusi dalam konfigurasi sebaris. Bertujuan untuk menjadi pesawat latihan bagi juruterbang MiG-29K dan memiliki keupayaan pertempuran sepenuhnya. MiG-29KUB pertama telah dibangunkan untuk Tentera Laut India telah melakukan penerbangan sulung di Pusat Ujian Pesawat Zhukovsky Rusia pada 22 Januari 2007.[34] Nama kod NATO adalah Fulcrum-D.MiG-29MMiG-29M / MiG-33 (Product 9.15)
Rencana utama: Mikoyan MiG-29M
Versi pelbagai peranan termaju, dengan kerangka pesawat yang direka bentuk semula, sistem kawalan mekanikal digantikan dengan sistem fly-by-wire dan enjin RD-33 Siri 3M yang dipertingkat. Kod NATO adalah Fulcrum-D.MiG-29UBMPesawat latihan dua tempat duduk bagi versi MiG-29M. Tidak pernah dibina.MiG-29SMT (Product 9.17)Pakej tingkat upaya untuk pesawat MiG-29 generasi pertama (9.12 hingga 9.13) memiliki banyak penambahan bertujuan untuk mencapai versi MiG-29M. Tangki bahan api tambahan di dalam tulang belakang yang dibesarkan memberi jarak penerbangan maksimum 2,100 km (dengan bahan api dalaman). Kokpit dengan rekabentuk HOTAS dipertingkat, dua 152 × 203 mm (6 × 8 inch) paparan pelbagai fungsi LCD dan dua LCD hitam putih kecil. Radar Zhuk-ME dipertingkat memiliki ciri yang sama pada MiG-29M. Enjin ditingkat kepada RD-33 Siri 3 tujahan-lepas pembakaran pada kadar 8,300 kgf (81.4 kN) stiap satu. Muatan persenjataan meningkat kepada 4,500 kg dengan enam tenggekan di bawah sayap dan satu tenggekan di perut pesawat, pilihan persenjataan sama dengan versi MiG-29M. Versi ini sekarang digunakan oleh Tentera Udara Rusia (16 buah), Yemen, Algeria, Syria, dan Iran[perlu rujukan].MiG-29UBT (Produk 9.51T)Versi tingkat upaya standard bagi MiG-29UB. Pengguna adalah Algeria dan Yemen.[35][36]MiG-29M2 / MiG-29MRCAVersi dua tempat duduk bagi pesawat MiG-29M (kemungkinan besar pesawat MiG-29UBM yang dibatalkan).[perlu rujukan] Mempunyai ciri-ciri seiras dengan MiG-29M, dengan jarak operasi 1800 km. Firma RAC MiG membawa pesawat ini ke pelbagai pertunjukan udara. Pesawat ini pernah ditandakan sebagai MiG-29MRCA untuk tujuan pemasaran dan sekarang dikembangkan sebagai MiG-35.MiG-29OVT semasa dipamerkanMiG-29OVTMerupakan sebuah daripada enam buah pesawat pra-bina MiG-29M sebelum 1991, kemudian menerima enjin tijahan vektor d teknologi fly by wire. Ia merupakan pesawat ujian untuk enjin tujahan vektor dan penunjuk teknologi di pelbagai pertunjukan udara untuk menunjukan penambahbaikan masa depan ke atas pesawat MiG-29M. Ia mempunyai sistem avionik yang sama dengan MiG-29M. Perbezaannya hanya dalam susun atur kokpit di mana terdapat suis tambahan untuk menghidupkan fungsi tujahan vektor. Dua enjin tujahan vektor RD-133, setiap satunya memaparkan muncung berputar unik yang boleh memberi pesongan tujahan vektor kesemua arah. Selain dari tujahan vektor, spesifikasi-spesifikasi lain tidak diberi tumpuan. Pesawat ini dipamerkan bersama-sama dengan pesawat MiG-29M2 di pelbagai pertunjukan udara di dunia kepada pengguna yang berpotensi. Pesawat ini kebiasaanya digunakan sebagai pesawat demonstrasi aerobatik.[37]MiG-35
Rencana utama: MiG-35
Pesawat ini dipertontonkan kepada umum baru-baru ini. Pesawat ini telah dipertingkatkan secara ketara. Kod NATO adalah Fulcrum-F.Pesawat MiG-29GT milik bekas Jerman Timur. Diserap ke dalam perkhidmatan Luftwaffe apabila Jerman Timur dan Barat bersatu. MiG-29G/MiG-29GTMerupakan tingkat upaya standard bagi pesawat MiG-29 / 29UB milik Luftwaffe, yang diwarisi daripada Jerman Timur berdasarkan piawaian NATO. Kerja-kerja dilakukan oleh MiG Aircraft Product Support GmbH (MAPS), sebuah syarikat usahasama di antara MiG Moscow Aviation Production Association dan DaimlerChrysler Aerospace pada 1993.[38]MiG-29AS/MiG-29UBS (MiG-29SD)Tentera Udara Slovakia melakukan tingkat upaya ke atas pesawat MiG-29/-29UB untuk memenuhi keserasian NATO. Kerja dilakukan oleh oleh RAC MiG dan firma-firma Barat bermula pada tahun 2005. Pesawat ini sekarang memiliki sistem navigasi dan komunikasi dari firma Rockwell Collins, sistem IFF dari firma BAE Systems, kokpit kaca baru yang mengandungi paparan pelbagai fungsi LCD dan pemproses digital yang dipasang untuk digabungkan dengan kelengkapan buatan Barat pada masa depan. Walaubagaimanapun, persenjataan pesawat kekal tidak berubah. 12 daripada 21 buah angkatan pesawat MiG-29 telah ditingkat upaya dan dihantar sehingga akhir Februari, 2008.[39]MiG-29 SniperCubaan untuk mempertingkatkan pesawat milik Tentera Udara Romania oleh firma-firma dari Israel. Program ini telah dihentikan apabila Romania memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan MiG-29 pada tahun 2003. Keputusan dibuat oleh kerajaan Romania disebabkan kos penyelenggaraan MiG-29 yang tinggi. Romania kemudian memutuskan untuk membiayai program bagi pesawat MiG-21 LanceR.

Rujukan

WikiPedia: Mikoyan_MiG-29 http://air-usa.com/aircraft http://www.airforce-technology.com/news/news125548... http://www.aviapedia.com/fighters/mig-29vft-video-... http://www.codeonemagazine.com/archives/1995/artic... http://www.defense-aerospace.com/article-view/rele... http://www.defensenews.com/story.php?i=4431181 http://www.flightglobal.com/airspace/media/reports... http://www.flightglobal.com/news/articles/spain-of... http://www.india-defence.com/reports-1328 http://www.indiadaily.com/editorial/2077.asp