Pembangunan Mikoyan_MiG-29

Pesawat MiG-29 selepas melakukan penerbangan demonstrasi di Pameran Udara Abbotsford.

Sejarah pembangunan MiG-29, seperti pesawat Sukhoi Su-27, bermula pada tahun 1969 apabila Kesatuan Soviet mengetahui program "F-X" Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mana menghasilkan pesawat F-15 Eagle. Soviet menyedari bahawa pesawat pejuang baru A.S akan memiliki kelebihan teknologi ketara berbanding kesemua pesawat pejuang sedia ada Soviet. Pesawat MiG-21 adalah sebuah pesawat lincah pada ketika itu tetapi memiliki kekurangan dari segi jarak, persenjataan dan potensi pembangunan lanjut. Pesawat MiG-23, pula dibangunkan untuk menandingi pesawat F-4 Phantom II, adalah sangat pantas dan mempunyai lebih ruang untuk bahan api dan peralatan tetapi kekurangan dari segi keboleh kendalian dan keupayaan tempur di udara. Apa yang diperlukan adalah sebuah pesawat yang mempunyai keseimbangan yang baik antara kelincahan dan system canggih. Sebagai tindak balas ini, Staf Jeneral Soviet telah mengeluarkan keperluan untuk Perspektivnyy Frontovoy Istrebitel (PFI, atau "Perspective Frontline Fighter"). Berdasarkan spesifikasi yang ketat, Rusia telah mengariskan keperluan pesawat yang memiliki jarak operasi jauh, keperluan landasan pendek, lincah, kelajuan melebihi Mach 2+, dan persenjataan berat. Rekabentuk aerodinamik untuk pesawat baru ini dilakukan oleh TsAGI dengan kerjasan biro rekabentuk Sukhoi.

Pada tahun 1971, Soviet mendapati bahawa pesawat PFI adalah terlalu mahal untuk dibeli dalam kuantiti yang diperlukan, dan memecahkannya kepada program TPFI (Tyazhyolyy Perspektivnyy Frontovoy Istrebitel, "Pesawat Taktikal Termaju Kelas Berat") dan program LPFI (Lyogkiy Perspektivnyy Frontovoy Istrebitel, "Pesawat Taktikal Termaju Kelas Ringan"). Pembangunan lanjut pesawat taktikal kelas berat kekal bersama dengan firma Sukhoi, yang mana menghasilkan pesawat Sukhoi Su-27, sementara pesawat taktikal kelas ringan telah diberikan kepada firma Mikoyan. Rekabentuk terperinci yang bermula pada tahun 1974 telah menghasilkan Produk 9, ditandakan sebagai MiG-29A. Penerbangan sulung telah berjaya dilakukan pada 6 Oktober 1977. Pesawat pra-pengeluaran pertama kalinya berjaya dikesan oleh satelit pengawasan Amerika Syarikat pada November 1977; dinamakan sebagai Ram-L kerana pesawat ini dilihat di Pusat Ujian Penerbangan Zhukovsky berdekatan bandar Ramenskoye. Spekulasi awal negara Barat mencadangkan rekabentuk pesawat Ram-L menyerupai pesawat YF-17 Cobra dengan dikuasai enjin turbin jet pembakaran lanjut Tumansky R-25.

Meskipun, terdapat kelewatan pada kemajuan program disebabkan oleh kemusnahan dua buah pesawat prototaip dalam kemalangan berkaitan enjin, pesawat versi pengeluaran MiG-29B telah mula memasuki perkhidmatan pada Ogos 1982 di Pangkalan Udara Kubinka. Ujian penerimaan telah dilengkapkan pada 1984, dan penghantaran bermula pada tahun yang sama kepada Tentera Udara Soviet.

Rujukan

WikiPedia: Mikoyan_MiG-29 http://air-usa.com/aircraft http://www.airforce-technology.com/news/news125548... http://www.aviapedia.com/fighters/mig-29vft-video-... http://www.codeonemagazine.com/archives/1995/artic... http://www.defense-aerospace.com/article-view/rele... http://www.defensenews.com/story.php?i=4431181 http://www.flightglobal.com/airspace/media/reports... http://www.flightglobal.com/news/articles/spain-of... http://www.india-defence.com/reports-1328 http://www.indiadaily.com/editorial/2077.asp