Pengguna Mikoyan_MiG-29

Peta ini menunjukan pengguna terkini (biru) dan bekas pengguna (merah) termasuk Amerika SyarikatMiG-29N milik Tentera Udara Diraja MalaysiaTentera Udara Peru MiG-29SE

Bekas pengguna

Czechoslovakia/ Republik Czech

Kesemua pesawat dijual kepada Poland pada pertengahan 1990-an.

Jerman Timur/ Jerman

Dibersarakan, kebanyakan dijual kepada Poland.

Iraq

Iraq telah menerima sejumlah pesawat MiG-29, dan menggunakan pesawat ini untuk menyerang pesawat Iran semasa Perang Iran-Iraq. Sebuah pesawat MiG-29 milik Iraq berjaya ditembak jatuh oleh pesawat F-14 Tomcat dengan menggunakan peluru berpandu MIM-23 Hawk yang telah diubah suai.[petikan diperlukan]

MiG-29 juga terlibat di dalam Perang Teluk Parsi pada tahun 1991. Lima buah pesawat MiG-29 berjaya ditembak jatuh oleh pesawat F-15 Eagle milik Tentera Udara Amerika Syarikat.[60] Beberapa sumber Rusia melaporkan bahawa sebuah pesawat Panavia Tornado milik United Kingdom, ZA467, telah ditembak jatuh di barat laut Iraq oleh sebuah pesawat MiG-29.[61][62] Sumber dari UK pula mendakwa pesawat ini terhempas pada 22 Januari semasa dalam misi ke Ar Rutbah.[63] Kemusnahan lain semasa pertempuran di udara mengikut sumber Rusia termasuk kerosakan pada sebuah pesawat pengebom B-52 di mana mengikut AS telah tersalah tembak oleh pihak sekutu di mana peluru berpandu anti radar, AGM-88 High-speed ke arah meriam ekor pesawat B-52.[64]

Kekuatan asal armada pesawat MiG-29 Tentera Udara Iraq sebanyak 37 buah kemudian turun kepada 12 buah selepas Perang Teluk. Sebuah MiG-29 telah rosak, sementara 4 buah dipindahkan ke Iran.[65] 12 buah pesawat yang tinggal ditarik keluar daripada perkhidmatan pada tahun 1995 di sebabkan Iraq tidak dapat menghantar enjin pesawat untuk dibaik pulih.[66]

Selepas serangan ke atas Iraq 2003 dan pembubaran Angkatan Tentera Iraq pada bulan Mei 2003,[67] pesawat buatan Rusia dan China yang masih tinggal kemudian dilucut tauliah daripada perkhidmatan.

Romania

Menurut sumber Romania, pesawat MiG-29 boleh diaktifkan semula pada sebarang masa.[perlu rujukan]

Soviet Union

Diserahkan kepada negara-negara pengganti.

Yugoslavia

Diserahkan kepada negara-negara pengganti.

Rujukan

WikiPedia: Mikoyan_MiG-29 http://air-usa.com/aircraft http://www.airforce-technology.com/news/news125548... http://www.aviapedia.com/fighters/mig-29vft-video-... http://www.codeonemagazine.com/archives/1995/artic... http://www.defense-aerospace.com/article-view/rele... http://www.defensenews.com/story.php?i=4431181 http://www.flightglobal.com/airspace/media/reports... http://www.flightglobal.com/news/articles/spain-of... http://www.india-defence.com/reports-1328 http://www.indiadaily.com/editorial/2077.asp