Mikoyan_MiG-35
Mikoyan_MiG-35

Mikoyan_MiG-35

Mikoyan MiG-35 (bahasa Rusia: Микоян МиГ-35) yang juga dikenali dengan nama pengenalan NATO, Fulcrum F merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai guna yang ditingkatkan prestasinya daripada variasi terdahulu MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB. Pesawat ini diklasifikasikan sebagai pesawat udara tempur generasi ke-4.5. MiG-35 dikelaskan sebagai pesawat udara berat-sederhana kerana kemampuan untuk belepas dengan berat maksimumnya meningkat sebanyak 30% di mana melebihi ukuran klasifikasi sebelum ini.MiG-35 telah dipamerkan secara rasmi ketika Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Ivanov melawat Loji Bangunan Mesin Lukhovitsky "MAPO-MIG".[1] MiG-35 telah dipertingkat dengan sistem avionik dan persenjataan yang jauh lebih baik berbanding variasi terdahulunya, radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) baharu dan rekaan unik Sistem Pengesan Optikal (OLS), memberi kelebihan kepada pesawat ini selain sistem pintasan kawalan-darat (CGI) serta mampu membawa pelbagai misi secara individu.Pesawat ini dijual dengan 2 variasi iaitu MiG-35 (1 tempat duduk) dan MiG-35D (tempat duduk berkembar).

Mikoyan_MiG-35

Variasi Mikoyan MiG-29
Tinggi 6 m (19 kaki 8 in)
Berat tanpa muatan 15,000 kg (33,069 paun)
Kelajuan maksimum Mach 2.4 (2,556 km/j, 1,587 batu/j)
Kadar panjat 320 m/s (63,360 kaki/min)
Meriam 1x 30 mm meriam GSh-30-1 dengan 250 tembakan seminit.
Panjang 19 m (62 kaki 4 in)
Enjin 2 kipas turbo lepas bakar Klimov RD-33MK
Panjang sayap 15 m (49 kaki 3 in)
Krew 1 atau 2
Altitud tertinggi 18,900 m (62,000 kaki)
Tujahan maksimum 8,900 kg (19,620 paun) setiap enjin
Pengeluar Mikoyan
Jarak pemanduan 3700 km (2,387 batu) dengan tangki luaran 4800 km (3000 batu)
Jenis Pesawat tempur udara pelbagai guna

Rujukan

WikiPedia: Mikoyan_MiG-35 http://www.aviapedia.com/category/fighters/mig-35/ http://www.aviapedia.com/fighters/klimov-fighter-e... http://www.aviapedia.com/files/books/PhazotronMagA... http://www.aviapedia.com/video/new-mig-35-ols-vide... http://www.fas.org/man/dod-101/sys/ac/row/mfi.htm http://www.globalsecurity.org/military/world/russi... http://en.klimov.ru/production/aircraft/RD-33-fami... http://en.klimov.ru/production/aircraft/RD-33MK/ http://en.klimov.ru/production/aircraft/tvn/ http://www.migavia.ru/eng/military_e/MiG_35_e.htm