Milenium_pertama


Milenium ke-1 merupakan tempoh seribu tahun yang pertama dari 1 Januari 1 hingga 31 Disember 1000 dalam kalendar Gregory. Tidak adanya "tahun sifar" dalam kalendar Gregory.Bahagian awal milenium ke-1 menandakan kemuncak Empayar Rom. Zaman Purba Akhir ialah tempoh peralihan yang mengubahkan Empayar Rom Timur menjadi Empayar Byzantin, manakala Empayar Rom Barat jatuh dan menimbulkan Zaman Pertengahan Awal Eropah. Agama Kristian dan Islam masing-masing bangkit untuk berkuasa pada abad ke-4 dan ke-7. Bahagian akhir milenium ke-1 melihat peralihan kepada Zaman Pertengahan Tinggi. Jumlah penduduk dunia yang telah bertambah sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan milenium sebelumnya bertambah dengan lebih perlahan dan mungkin juga merosot. Mengikut satu anggaran, jumlah penduduk dunia bertambah daripada kira-kira 170 hingga 300 juta, tetapi terdapat juga anggaran-anggaran yang berlainan, dengan sesetengah anggaran yang menganggap bahawa jumlah penduduk dunia telah dikurangkan daripada 400 juta orang sehingga 250 juta orang.